Apa Yang Saya Lakukan Semasa Anak Berumur 1 – 2 tahun
Kanak-kanak 1 – 2 tahun banyak menggunakan komunikasi tanpa lisan(nonverbal communication). Mereka mempelajari bahasa dalam bentuk pasif(mendengar) daripada dalam bentuk aktif(bercakap). Pada peringkat umur ini kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui meniru percakapan dan kelakuan ibu bapa dan siapa saja yang hampir dengan mereka. Menjangkau umur 18 bulan, kanak-kanak akan meluahkan bahasa(expressive language) yang telah dipelajarinya. Jadi tak peliklah jika anak kita berbahasa Indon sekiranya dia bersama bibik sepanjang masa!
1. Berbual-bual dengan anak menggunakan pelbagai intonasi dan nada suara. Gunakan ayat-ayat pendek dengan bahasa yang mudah dan jelas. JANGAN gunakan ‘babytalk’.
2. Menamakan objek di sekeliling, di dalam buku bergambar dan kad imbas.
3. Bacakan lebih banyak buku cerita yang lebih panjang teksnya untuk memperkayakan bahasa mereka. Galakkan anak membelek buku semasa membaca buku cerita.
4. Mengimbas, menyebut & menekap(dengan jari) bunyi huruf BM/BI/Quran.
5. Menyanyi ‘action songs’ & ‘finger play’.
6. Menyanyi & membuat aksi lagu fonik ‘Abu Ada Ayam’ dan/atau ‘Cory Cat(Readeasy Phonics Song).
7. Melakukan aktiviti luar supaya mendapat sebanyak mungkin bekalan oksigen. Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang dan makanan berzat, oksigen juga merupakan ‘makanan otak’ bagi kanak-kanak. Berlari, melompat dan merangkaklah dengan anak anda.
8. Bawa kanak-kanak melawat pelbagai tempat(pantai, pasar, zoo) untuk memperluaskan pengalaman dan memperkayakan bahasa.