Saya masih ingat ketika mengikuti taklimat Kurikulum Standard Prasekolah, seorang Jurulatih membuat statement guna Bacalah Anakku budak boleh baca apa yang dalam Bacalah Anakku sahaja. “Perkataan lain di buku lain, tak boleh baca,” katanya. Tambah beliau “Abc tak tau, menulis pun tak pandai…”
Ye ke? Ya laa kalau mengajar tak ikut step yang dicadangkan. Ada pula yang mengajar dengan mengepit buku Bacalah Anakku yang cute tu di papan putih sambil mengajar 20 orang pelajar! Cikgu Oh Cikgu! Hmm tak pernah ikut kursus bacalah Anakku kut..
Langkah Asas Mengajar Bacalah Anakku:
1. Ajar bunyi paling kecil dalam BM , /a/(aa), /b/(beh), /c/(ceh)… BUKAN a(ei), b(bi), c(si) atau ba bi bu be be bo….
Kenape? Sebab bila ajar bunyi paling kecil kemudian ajar gabungbunyi, anak tak perlu hafal beratus-ratus pola(ba bi bu be be bo… nga ngi ngu…ban bin bun ben …). Lebih kurang 29 bunyi aje dah pandai baca semua perkataan BM.
2. Perkenalkan huruf kecil dulu.
Kenape? Kerana huruf besar tak common, di awal ayat & untuk nama khas aje.
3. Latih sebut bunyi kemudian baru tunjuk simbol/huruf.
Ikut susunan bacalah Anakku. Mulakan dengan bunyi-bunyi /a i u b/.
Kenape? Supaya anak faham apa yg diucapkan & apa yang dibaca terdiri daripada gabungan bunyi-bunyi paling kecil dlm bahasa pertuturan.
Untuk bunyi /a/, buka mulut luas-luas(pastikan anda gosok gigi dulu), baru sebut bunyi /a/ dengan jelas. Pastikan anak/pelajar tengok kedudukan mulut cikgu ye. Ulang sebut beberapa kali. Nyanyi Lagu Aksi Fonik, Abu ada ayam a a a.
4. Bila anak dah sebut dengan betul, baru tunjuk simbol.
Bagitau “inila /a/”. “Kemudian tanya bunyi apa ni?”
5. Ajar anak tulis simbol bunyi /a/ mengikut cara huruf itu ditulis.
Kenape? Sebab huruf (a b c ng sy..) adalah lambang bagi bunyi dalam bahasa pertuturan. Menulis simbol bunyi akan menguatkan lagi ingatan anak kepada bunyi yang diajar. Juga apabila anak dilatih menulis simbol-simbol bagi bunyi, dia akan dapat meluahkan perasaaannya dalam penulisan.
Aktiviti penulisan bagi anak kecil(2-4thn) – menyentuh huruf berpasir, finger painting, membentuk huruf dengan doh, menekap & menyalin.
Bagi anak 5thn ke atas boleh menulis bebas & seterusnya di atas buku garis 3.
Jangan lupa tanya “Adik tulis ape tu?” Kalau dia jawab /a/(aa), bagi HI-5, untuk anak anda & juga diri anda yang telah mengajar dengan betul.
6. Ajar gabung bunyi untuk membaca sukukata(kemudian perkataan).
Kenapa? Anak yang dilatih membaca dengan menggabung bunyi akan membaca perkataan-perkataan baru dengan sendiri(independent reader); membaca dengan lancar & memahami apa yang dibaca(expert reader). Tak tersangkut-sangkut macam budak yang belajar kaedah mengeja.
a. Guru tunjuk konsep gabung bunyi menggunakan kad-kad bunyi.Mulakan dengan gabungan na ni nu (ikut susunan bacalah Anakku).
b. Anak gabungkan kad-kad bunyi untuk membuat na ni nu.
c. Galakkan anak baca na ni ni dalam Bacalah Anakku.
c. Ajar anak tulis na ni nu.
Kenapa ajar gabung bunyi guna kad? Bukankah senang kalau hafal je na ni ni. Apabila kita mengajar gabung bunyi menggunakan kad, anak belajar secara ‘multi-sensory’. Bukan guna mata saje. Otak kanak-kanak & juga kita belajar kemahiran kompleks, seperti membaca, dengan lebih baik sekiranya kita lakukan mengguna pelbagai deria.
7. Ajar anak gabung perkataan menggunakan kad.
a. guru tunjuk dengan kad gabungan perkataan-perkataan yang diajar. Sebagai contoh kad ‘a’ dikawankan dengan kad ‘na’, jadi ‘ana’.
b. beri peluang anak bina perkataan menggunakan kad.
c. Ajar anak baca perkataan dalam Bacalah Anakku, di atas papan putih, pada poster dll.
c. Ajar anak menulis perkataan yang dipelajari.
Sekiranya anda mengikut langkah mengajar di atas, saya yakin tidak timbul anak pandai membaca tapi tak pandai menulis. Tak timbul anak tau baca buku Bacalah anakku sahaja. Pasal abc pulak, pada peringkat awal belajar membaca memang lebih baik anak TIDAK diajar NAMA huruf a(ei) b(bi) c(si).. tapi dia masih lagi belajar bentuk & rupa serta ‘bunyi’ huruf.
Suka saya ingatkan. kepada semua yang mengajar anak kecil, jadikan sesi pembelajaran menyeronokkan. Jom ikut KURSUS INTENSIF BACALAH ANAKKU. Lawat www.readnetwork.com untuk mendapat maklumat lanjut.