Guru Tadika Malaysia adalah yang terHEBAT di dunia. Saya berpeluang bertemu dengan Cik Rachel Paulson dari UK (bukan Ulu Kelantan ye) yg datang ke tadika saya(Little Aulad Playschool, KB) semasa beliau melawat Kota Bharu. Beliau adalah ‘Headteacher’ di Infant School dekat London(sori cari gambar dia tak jumpa pulak).
Dia terkejut melihat anak-anak 6 tahun membaca bukan saja dalam B.Melayu, tetapi B.Inggeris, Quran dan juga Jawi! Beliau memberitahu, di England, anak-anak di ajar membaca dalam Bahasa Ibundanya SAHAJA sehingga berumur 8 tahun. Wow, itu yang saya nak tabik spring kat cikgu-cikgu tadika kita. Tak payah kita pandang ke luar, sebenarnya KITA lagi HEBAT. Keep up the good job cikgu. ‘Berbanggalah’ dengan penuh kesyukuran & kehambaan, kita cikgu tadika yang mengajar anak kecil tulis baca.
Saya masih ingat ada seorang ustaz(oghe klate) datang beli Bacalah Anakku di ofis kami(1998), berkata kepada saya, “Mati baghu tau gapo cikgu buat nih.”
Suspen saya bila Ustaz sebut pasal mati. Saya tanya, “Bakpo ustaz?”
Jawab beliau, “Ni laa buat bok ajar budok baco, pahalo sapa dale kubur cikgu…”
Subhanallah walhamdullillah … naik bulu roma saya… Cikgu, Allah telah memilih kita untuk diberi pahala yang berterusan dengan ilmu yang dapat dimanfaatkan bila kita ajar anak kecil membaca. Jom kita pegang tanggungjawab ni dan buat yang terbaik untuk pastikan anak-anak didik kita boleh membaca.
Jadi cikgu tadika ni cukup penat. Mudah burn out.. so ingat BONUS yg Allahswt nak bagi kita. Mulakan setiap hari selepas Solat Subuh untuk berdoa, “Ya Allah, semoga Engkau terima apa yang aku ajar pada anak didikku sebagai ilmu yang dapat dimanfaatkan..Amiin.”
Di antara amalan saya sebagai cikgu tadika supaya tak mudah burn out:
1. Selalu baca Surah Alam Nashrah – dan hayati maksud ayat 5 & 6,
” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
2. Selalu baca doa ” Allahummainni a ‘udzubika minal hammi wal hazan(Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perasaan sedih & duka), wa a ‘udzubika minal ajzi wal kasal (& aku berlindung kpdMu drp sifat lemah & malas), … hingga akhir doa.
BONUS HARIAN CIKGU TADIKA:
3 perkara yang akan menghubungkan Si Mati dengan dunia:
1. DOA anak yang soleh.
2. ILMU YANG DAPAT DIMANFAAT
3. SEDEKAH JARIAH
Tabik Spring kepada semua cikgu yang telah mengajar anak-anak saya membaca. Terima Kasih cikgu!