JENDELA KEMAHIRAN MOTOR(Pergerakan)
Masa mula-mula terlibat dengan early childhood asyik tergambar baby naik motorsikal bila sebut motor skills atau kemahiran motor.
Dah lama sikit baru compute.
Dah lama sikit baru compute.
Motor = Pergerakan
Motor kasar(gross motor) = pergerakan yang melibatkan otot besar seperti berjalan, merangkak, berdiri, melompat, mengensot.
Motor halus(fine motor) = melibatkan otot kecil dan jari serta koordinasi mata dan tangan seperti menggenggam, mengoyak, menulis, membutang.
Menurut pakar-pakar pendidikan awal, masa paling baik untuk kanak-kanak menguasai kemahiran motor kasaryang asas adalah bermula bayi dalam kandungan sehingga bayi berumur 5 tahundan untuk motor halus dari lahir hingga berumur 9 tahun.
So bagi peluang anak aktif secara fizikal seawal mungkin . Dalam dunia hari ini yang penuh dengan gadget, ibu bapa lupa(ada juga termalas) untuk melakukan aktiviti fizikal dengan anak-anak.
Risau tak lama lagi(or may be sekarang dah ada?), wujud kanak-kanak yang tak tahu nak menangkap bola! (Si bongsu saya masih belum pandai naik basikal…)
Ada sesetengah tadika dan sekolah rendah yang telah mengurangkan masa untuk aktiviti luar/sukan kerana tak cukup masa untuk mengajar membaca atau akademik. Ada juga pengasuh taska yang tak rajin nak bawa kanak-kanak bermain di luar.
Menurut The National Association for Sport & Physical Education(NASPE), kanak-kanak sepatutnya terlibat dengan aktiviti fizikal selama 60 minit setiap hari. .
ACTIVE PLAY IS REQUIRED FOR HEALTHY BRAIN GROWTH