Telah dibuktikan oleh saintis di Yale University, USA,  bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi.

Apabila kita mendekod(decode) perkataan dengan betul, 3 bahagian yang berbeza di dalam otak diaktifkan secara urutan.
1. Apabila mata melihat setiap huruf di dalam perkataan, sebagai contoh perkataan, ‘api’, 
a-p-i, bahagian pemproses pengecaman huruf/simbol (letter identification processor) diaktifkan,.
2. Kemudian maklumat huruf-huruf tadi dihantar kepada bahagian pemproses fonologi 
( phonological processor). Di sinilah otak menghubung kaitkan huruf dengan bunyi tertentu, huruf-huruf a-p-i dikaitkan kepada bunyi-bunyi /a:/, /p/ dan /i:/. 
3. Setelah huruf-huruf dan bunyi-bunyi disepadukan, bahagian pemproses makna ( meaning processor) akan diaktifkan. Di sini otak akan mentakrifkan/memberi erti ‘api’ sebagai bahan yang panas.
Bahagian-bahagian pemproses ini tidak terletak setempat di dalam otak. Ia terletak di sebelah kiri, belakang dan depan otak kita. 
Memang happening dalam otak apabila kita membaca.
Beginilah Kaedah Fonetik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy mengajar anak membaca.
Nota tambahan: 
1. Mendekod = membaca
2. Fonologi =  kajian bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut
3. Fonik (slanga) = fonetik = kajian tentang bunyi bahasa yang diujarkan (the study of speech sounds)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *