Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada seorang ibu yang mempunyai anak ( 5 tahun ), bermasalah pendengaran & pertuturan . Beliau bertanya samada  kebolehan anaknya bertutur akan terganggu sekiranya beliau mengajar anaknya membaca dengan kaedah fonik Bacalah Anakku.
Jawapan saya:
TIDAK menganggu malah akan MEMBANTU.
Bagaimana Kaedah Fonik Gabung Bunyi (KFGB) Bacalah Anakku ( dan juga Readeasy Phonics ) dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran dan pertuturan?
1. KFGB Bacalah Anakku & Readeasy mengajar bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan ( bahasa Melayu & Inggeris ).
Bunyi-bunyi kecil inilah yang didengar dan diucap apabila seseorang bertutur.
Sebagai contoh apabila kita menyebut perkataan ‘susu’, kita menggabungkan bunyi-bunyi kecil / ss- uu – ss – uu / menjadi / susu /.
Dan bunyi-bunyi inilah, / ss / dan / uu /, yang dapat didengari apabila seseorang menyebut ‘susu’.
Untuk lebih jelas, ‘slow-motion’kan sebutan anda.
Begitu juga untuk perkataan bahasa Inggeris.
When you say the word ‘men’, you are actually blending the smallest speech sounds / mm – e – nn / together to form the word / men /.
And when you say ‘men’ out loud slowly, you can hear the sounds  / mm /, / e / and / nn /.
Mengajar kanak-kanak bunyi-bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan akan membantu kanak-kanak, tak kira samada mereka normal atau istimewa,  menyebut perkataan dengan lebih JELAS ( Speech Clarity ).
2. KFGB Bacalah Anakku dan Readeasy Phonics seterusnya mengajar anak anda menghubung kaitkan bunyi dengan simbol. 
Dalam bahasa Melayu sebagai contoh bunyi /ss/ dikaitkan dengan simbol ‘s’, bunyi /uu/ dikaitkan dengan simbol ‘u’. 
Dalam bahasa Inggeris bunyi /mm/  dikaitkan dengan simbol ‘m’, bunyi /e/ dikaitkan dengan simbol ‘e’ dan bunyi /nn/ dikaitkan dengan simbol ‘n’. 
Inilah cara yang paling logik dan bermakna untuk kanak-kanak mengenal huruf berbandingkan mengajar kanak-kanak nama huruf, abc ( ei, bi, si ). 
Kajian terkini daripada barat membuktikan mengajar kanak-kanak bunyi-bunyi bahasa pertuturan ( speech sounds ) adalah lebih berguna daripada mengajar mereka nama huruf abc. Kajian juga mengatakan kanak-kanak yang ‘peka bunyi’ akan mudah membaca.
Terdapat pula 21 simbol yang bunyinya sama atau hamper sama dalam bahasa Melayu dan Inggeris sebagai contoh simbol ‘m’, ‘s’ dan ‘n’ dikaitkan dengan bunyi yang sama di dalam BM dan BI.
Kesimpulannya dengan 1 kaedah, kaedah fonik gabung bunyi, kanak-kanak boleh diajar membaca dalam dua bahasa.
3. Yang paling BEST, apabila kanak-kanak diajar membaca dengan menggabungkan bunyi, mereka TERUS dapat membaca perkataan dengan sebutan yang betul. Sekiranya penguasaan bahasanya baik, mereka akan dapat memahami makna perkataan sekali gus. 
Di sini pautan mengajar anak membaca dengan menggabungkan bunyi 
http://youtu.be/jnaLai_AwMs
http://youtu.be/QNKKpwlrNM4
Tambahan pula, cara menggabung bunyi untuk membaca TIDAK membebankan memori kanak-kanak istimewa sebagaimana kaedah mengeja dan suku kata yang mengsyaratkan kanak-kanak menghafal ribuan pola ejaan untuk mahir membaca. 
http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/03/aduyai-banyaknya-kena-hafal.html
Begitu juga untuk bahasa Inggeris, KFGB Readeasy Phonics lebih logik dan mudah untuk semua kanak-Kanak berbanding dengan kaedah hafalan perkataan LOOK AND SAY atau word rhymes phonics.
4. KFGB Bacalah Anakku dan Readeasy menggunakan pendekatan MULTI SENSORY dan WHOLE BRAIN dalam pengajarannya melalui lagu aksi Abu Ada Ayam dan Cory Cat, latihan aksi asosiasi, lukisan dan penulisan kreatif.
Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku & Readeasy Phonics KAEDAH MEMBACA ALAF BARU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *