Pendekatan dan Strategi Mengajar
Pendekatan
Fonik adalah satu pendekatan membaca dengan cara kita mengajar bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut kepada simbol atau huruf. Untuk membaca perkataan, kanak-kanak diajar kemahiran gabung bunyi.
Strategi
Dalam kaedah fonik apa yang perlu kanak-kanak perlu kuasai ialah mereka
- boleh menyebut bunyi
- boleh mengaitkan bunyi dengan huruf / simbol
- boleh menggabung bunyi untuk membaca perkataan
Dalam kaedah mengajar Bacalah Anakku, strategi mengajar adalah sebagaimana berikut :
- Memperkenalkan bunyi sahaja dahulu – untuk memastikan mereka boleh menyebut bunyi dengan betul melalui teknik asosiasi contohnya bunyi /a/
- Tidak mencampurkan bunyi dengan nama huruf – /a/ adalah bunyi , /ei/ adalah nama huruf . Di antara bunyi dan nama huruf, bunyi lebih berguna untuk membaca sebaliknya nama huruf tidak berguna ( tidak perlu )
- Menggabung bunyi untuk membaca – ianya logik dan automatik. . Dengan menggabung bunyi /b/ dan /a/ akan jadi /ba, sebaliknya /bi/ dan /ei/ tidak jadi /ba/ tetapi jadi /biei/. Jadi tidak perlu mengeja-eja bunyi atau mengeja dengan nama huruf dan tidak juga mengecam suku kata.
- Mengajar kanak-kanak mengeja dengan menyebut bunyi terlebih dahulu dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi. Contohnya untuk mengeja perkataan ‘baju’ mereka akan menyebut /b/ /aa/ /j/ /uu/
- Mengajar nama-nama huruf – ‘a’ ( /ei/) , ‘b’ (/bi/ ) , ‘c’ (/si/) dan seterusnya hanya setelah mereka lancar membaca dengan cara fonik
Untuk pengajaran berkesan, kami telah menyusun kemahiran / aktiviti / langkah yang harus diikuti oleh guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak membaca dengan senang
- Perdengarkan bunyi dan minta kanak-kanak sebut bunyi tanpa menunjukkan simbol/huruf
- Ulang sebut bunyi melalui teknik asosiasi
- Tunjukkan simbol/huruf yang dikaitkan dengan bunyi tersebut
- Buat aktiviti mengecam rupa dan bentuk huruf secara sensori
- Sertakan latihan menulis untuk menguatkan ingatan mereka kepada bentuk huruf
- Lakukan aktiviti latihan asosiasi untuk mengukuhkan ingatan kepada bunyi dan huruf
- Latih mereka menggabung bunyi secara lisan terlebih dahulu
- Kemudian latih mereka menggabung bunyi menggunakan kad-kad huruf
- Baca dengan menggabung bunyi perkataan yang diperkenalkan dalam teks bacaan
- Latih mereka menggabung dengan membaca terus, bukannya mengeja bunyi
- Buat aktiviti manipulasi untuk memastikan kanak-kanak tidak menghafal/mengecam suku kata atau perkataan
- Buat aktiviti rantaian bunyi untuk melancarkan bacaan terutamanya perkataan yang panjang
- Ajar mereka mengeja bunyi sambil membaca suku kata dan perkataan
- Ajar mereka nama-nama huruf secara tidak langsung hanya setelah mereka lancar membaca
- Latih mereka mengeja menggunakan nama huruf
Ringkasnya guru dan ibu bapa hanya perlu mengajar bunyi dan gabung bunyi kepada anak-anak untuk membaca. Selesai mereka menguasai kemahiran gabung-bunyi , dalam 2 minggu atau sebulan, mereka telah dapat membaca. Guru dan ibu bapa hanya perlu membimbing mereka untuk melancarkan bacaan sahaja.
Untuk pengajaran yang lebih berkesan dan betul dengan langkah/aktiviti yang kami cadangkan di atas, sila ikuti kursus terdekat kami.