About The Writers
Nik Eliani Nik Nawi
Graduan Ekonomi dari Brock University, Ontario, Canada ( 1986)
Buat Diploma Pendidikan di University Islam Antarabangsa Malaysia (1990)
Menjadi Guru Bahasa Inggeris selama 7 tahun di bawah KPM ( 1990 – 1997 )
Pernah dilantik sebagai Perunding Foniks untuk penulisan buku teks English Year 1 dan Year 2 yang digunapakai oleh KPM padatahun 2011-2016
Berpengalaman memberi kursus mengenai pendidikan awal dan literasi lebih 25 tahun
Othman Ahamad
Graduan Accounting dari Fairlegh Dickinson University, New Jersey,USA (1987)
Buat Diploma Pendidikan di University Islam Antarabangsa Malaysia (1990)
Mereka berdua pernah menjadi Guru Bahasa Inggeris selama 8 tahun di bawah KPM ( 1990 – 1998 )
Pernah dilantik sebagai Perunding Foniks untuk penulisan buku teks English Year 1 dan Year 2 yang digunapakai oleh KPM padatahun 2011-2016
Berpengalaman memberi kursus mengenai pendidikan awal dan literasi lebih 25 tahun
Our Reading Journey
How it started
1995Dari seorang ibu
Anak ke-3 kami, Athirah, akan ke Tahun 1 pada tahun 1996 tapi masih belum dapat membaca. Seorang ibu yang lebih prihatin mula mengajar dia membaca. Dengan ilmu fonik yang kami pelajari semasa buat DipEd di UIA, kami cuba pendekatan fonik kepadanya. Wow, dalam 1 bulan boleh membaca
The trial periods
1996-1998Mengajar membaca
Bermula dengan kelas tuisyen biasa, kami mula menawarkan kedah fonik bersama tulisan tangan buku dalam BM kepada anak kawan-kawan dan kenalan yang berusia 4 – 6 tahun. Woww. Hanya dalam 18 – 24 jam contact hours kebanyakan mereka dapat membaca.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku
September 1996Cetakan pertama
Alhamdulillah. Siri cepat membaca Bacalah Anakku mula dicetak. Dengan bantuan rakan di Aman Press, cetakan ini mendapat sambutan hangat di pasaran sehingga ke hari ini.
Menganjurkan kursus
1998 – hingga sekarangKursus membaca
Bermula 1998 kami mula memperkenalkan kaedah fonik dan mula menganjurkan kursus-kursus asas, intensif dan khas untuk guru-guru dan ibu bapa di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunei, serta taklimat / bengkel kepada pendidik dan pentadbir pendidikan merangkumi strategi dan teknik kaedah fonik.
Readeasy
2001Siri Cepat Membaca Bahasa Inggeris
Atas sokongan dan permintaan ramai, Readeasy Beginner’s Level diterbitkan menggunakan pendekatan synthetics phonic yang serasi dengan cara membaca dalam BM juga. Wowww. Sekarang anak boleh membaca dalam 2 bahasa menggunakan 1 kaedah.
Readeasy Intermediate & Advanced
2008 dan 2010Readeasy
Level seterusnya – Intermediate dan Advanced dicetak untuk melengkapkan siri cepat membaca Readeasy untuk bahasa Inggeris
Konsultan Fonik
2010-2011Penulisan Buku teks BI
Di bawah kelolaan DBP, kami dilantik sebagai konsultan foniks untuk membantu menulis pendekatan fonik dalam pengajaran membaca dalam buku teks English Tahun 1 dan Tahun 2 yang telah digunapakai pada tahun 2011-2016. Pendekatan foniks menjadi asas untuk mengajar membaca dalam KSSR English pada masa itu