🤒 Apa nak buat??? Dah bulan June. Baru dapat report anak 6 tahun, ‘ not doing well in school’, masih Buku 1 Bacalah Anakku (ehem!) dan tak reti duduk diam untuk belajar, kurang fokus. 

   Gambar hiasan

  🙌🏼 Tarikh nafas, keep calm. Semak 2 perkara. Semak ANAK. Semak GURU / pelaksanaan KURIKULUM tadika/sekolah
       👦🏻👧🏻 SEMAK ANAK
        🚩Semak perkembangan fizikal 
        – pergerakan lengan & tangan lemah. 
        Shaky & clumsy when doing things. 
        – belum boleh melukis bentuk2 asas bulat, segi tiga, segi empat, 
        tanda  + dan x. 
        – belum boleh menggunting garis lurus & melengkung.
        🚩Semak perkembangan kognitif ( understanding, paying attention, memory)
         – tidak kenal nama sendiri yang tertulis ( cannot recognize printed 
         name)
         – belum mengenal warna & bentuk.
         – tidak boleh menyatakan nama, umur, tempat tinggal.
         – sukar memahami peraturan permainan kanak-kanak tadika.
         – tidak minat main peranan.
         – tidak dapat melakukan aktiviti mudah ( sepatutnya boleh melakukan 
          aktiviti / memberi fokus selama 10-15 minit). 
         – tidak tahu membilang 5 objek. 
         – tidak memahami konsep sekarang, dahulu, akan datang. 
         – sangat sukar memahami konsep asas huruf. Sebagai contoh bunyi /a/ 
         diwakili oleh huruf ‘a’.
         🚩Semak Perkembangan Bahasa
         – bahasa anak sukar difahami
         – sukar bertutur menggunakan ayat penuh ( sepatutnya sudah boleh menggunakan ayat yang terdiri drp 4 atau 5 perkataan).
         – tidak bertanya soalan.
         – tidak mengikut arahan mudah.
         🚩Semak Perkembangan Sosio-Emosi
         – tidak berminat bermain dengan kawan
         – tidak pandai berkongsi dan mengambil giliran.
         – terlalu pasif / terlalu takut / terlalu bergantung pada ibu bapa / guru
         – terlalu ‘rigid’ dengan rutin sekolah. Mengamuk apabila rutin berubah.
Sekiranya terdapat banyak DELAY di dalam perkembangan anak , sila hubungi pakar psikologi dan/atau terapis carakerja (occupational therapist).
Sekiranya tiada masalah dengan anak, sila semak guru/ pelaksanaan kurikulum tadika.
SEMAK KURIKULUM TADIKA & GURU
– Adakah kurikulum PLAY BASED, berorientasikan kanak-kanak?
– Adakah guru terlatih dan melaksanakan kurikulum dengan baik?
– Adakah guru sering bertukar ganti?
– Adakah kedatangan guru bagus?
Berbincanglah dengan baik dengan pihak sekolah.
Readnetwork menawarkan Creative Play Curriculum & Phonics reading programme for nurseries & preschools.
Hubungi 03-4143-5440 atau whatsap 013-628-6163

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *