Saya sering diberitahu ” Puan anak saya tak boleh duduk diam semasa diajar membaca.”
Betulkah hanya dengan duduk diam kanak-kanak akan belajar dengan lebih baik?
Mungkin banyak di antara kita ( saya pun ) diasuh kalau nak belajar MESTI DUDUK DIAM.
Biasalah saya dengar ibu bapa dan juga guru yang berkata:
Nak belajar, duduk diam-diam.
Nak dengar cikgu cerita, zip mulut, duduk diam-diam.
Kalau banyak bergerak, kamu tak dapat apa yang cikgu ajar.
Jom kita cuba faham kenapa kanak-kanak suka bergerak.
Di antara sebabnya:
1. Terlampau banyak gula dalam badan.
Sila kawal pemakanan anak-anak. Kurangkan air manis dan junk food. Biasakan anak anda minum air kosong.
2. Kinesthetic learner ( geng kaki tangan ). Anak-anak kinesthetic learner mempelajari sesuatu melalui pergerakan.
Mereka kurang menangkap kalau diajar dengan melihat flash cards atau buku semata-mata. Pelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran ( PDP ). Pastikan PDP menarik ( engaging ) dan melibatkan pelajar secara aktif.
3. Anak lelaki. Memang otak anak lelaki lebih mudah beku sekiranya mereka dipaksa belajar secara konvensional – Sit and do your work quietly. Do not move and do not talk – akan MENYIKSA anak kinestetik.
Kajian membuktikan anak lelaki ‘wired to move’. Memang fitrah anak lelaki SUKA bergerak dan MESTI bergerak.
Bantulah anak kinestetik anda belajar dengan lebih baik:
1. Let him MOVE. Sediakan bola besar utk mengantikan kerusi.
2. Berikan FIDGET TOY untuk dipegang sambil mendengar guru mengajar. Bola kecil, mainan yang boleh dipicit atau diramas. Jelaskan kepada pelajar, yang memerlukan FIDGET TOY, untuk memastikan mainan tersebut berada di tangan mereka sepanjang masa.
NO throwing or rolling to others.
3. Apabila mengajar bunyi beri mereka peluang membentuk huruf dengan doh,mencantum puzzle huruf dan menyentuh huruf berpasir.
4. Apabila mengajar membaca dengan menggabung bunyi, beri peluang mereka menggabung bunyi menggunakan kad huruf atau huruf plastik/kayu.
5. Apabila membaca teks, minta mereka melakonkan apa yang dibaca.
6. Adakan ‘breaks’ yang lebih kerap. Ketuk ketampi adalah contoh exercise yang sangat baik. Telinga dipegang dan dipicit-picit sambil ‘squatting’.
7. Tukar pendekatan mengajar anda. Apabila bercerita, cabar diri anda untuk mengHIDUPkan cerita anda.
Don’t say to the children “Sit down and listen to the story”. Make your story come ALIVE.