Hmmm kosong lagi Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda pada pukul 8.13am, 27 September 2014.
8.30am peserta mula sampai. Jangan lupa isi borang untuk sijil dan cabutan bertuah ye…
9.05am Penceramah 1, Encik Othman Ahamad memulakan Seminar. Yang ramai-ramai datang ni semua nak ajar anak membaca ke? Anak sendiri ke anak orang
Seronok kami dapat berkongsi tips dengan ibu bapa dan guru-guru yang hebat di Seminar Ajar Anak Cepat Membaca. Seramai 187 peserta hadir dan hampir 10 orang daripada Kaum Adam! Beberapa orang Encik Suami pula sabar mengasuh anak di luar auditorium. Saya cukup kagum bila ada penyertaan lelaki di dalam seminar berkaitan anak-anak.
Can you spot the men? Lihatlah mereka bercouple di atas tangga. Kerusi ada tapi satu sana, satu sini. Sitting together is more fun kan!
Seterusnya giliran saya.
Nak anak pandai membaca pada usia yang awal? Kita ibu bapalah yang kena mula dulu ya. Jangan kita serahkan tugas mengajar membaca bulat-bulat kepada cikgu sahaja.
Pesan saya kepada ibu bapa, rangsanglah baby sebaik sahaja mendapat berita Puan Isteri mengandung. Kenapa? Kerana sel otak atau neuron mula terbentuk sebaik sahaja persenyawaan.
Jagalah pemakanan Puan Ibu dan rangsanglah baby yang dikandung. Nanti sel otak berkembang pesat. Kajian Barat membuktikan anak yang cukup dirangsang semasa dalam kandungan akan lebih cerdik, lebih mudah menyusu dan lebih nyenyak tidur.
Nak tahu macamana nak rangsang? Dapatkan buku pinky saya di sini http://www.readnetwork.sto.my/product-769853.html
Setelah baby dilahirkan, berilah baby makanan yang terbaik, susu ibunya dan teruskan rangsangan.
Bukankah anda mahu anak cepat membaca? Rangsanglah pendengarannya, penglihatannya, fizikalnya dan sosio emosinya.
Tingkatkan tahap kecerdasan linguistiknya dengan penggunaan bahasa yang baik ketika merangsang. You can use more than one language with your baby.
Titipkan didikan agama untuk pembentukan sahsiah anak yang cemerlang. Semoga anak pintar soleh.
Say NO to ipad, tv, smartphones dan ala bagai. Your baby needs interactions with other humans NOT with GADGETS!
Kemudian giliran Encik Othman sekali lagi. Beliau berkongsi info kenapa kita lebih senang mengajar anak membaca bahasa Melayu dan Inggeris dengan menggunakan SATU kaedah yang sama sahaja, KAEDAH FONIK GABUNG BUNYI. Ibu bapa dan guru yang bijak ( dan juga sangat sibuk ) tentu sekali akan memilih kaedah yang memudahkan. Keep calm & go phonics!
Kemudian giliran saya lagi sekali … Sharing macamana nak sebut bunyi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Haa 4 sahaja bunyi berbeza dalam BM dan BI, pada tahap awal a, u, o, c.
V dan x tu apa pula? Jom sertai seminar kami.
Kami juga berkongsi tips langkah asas mengajar anak membaca.
Eh sempat pulak saya menari zapin!
Waa papa pun sporting!
Seminar diakhiri dengan lagu fonik Abu Ada Ayam. Dah ada ke?
Jom ke kedai kami http://www.readnetwork.sto.my/category-72367.html
Oops kami juga membuat 10 cabutan bertuah. Sayangnya tiada foto.
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada pihak Perpustakaan Raja Tun Uda. Cukup seronok berkerjasama dengan mereka. Mudah dan memudahkan.
Jangan terlepas peluang merangsang anak anda. Start now and have fun with your baby!
Hubungi Readnetwork 0341435440 untuk bengkel / seminar / kursus terdekat.
Together we will build a NATION of readers!
tahniah.
Terima kasih Pn Monalita Mansor 🙂