Bandung Trip 2024 ( Final Call !)

Salam semua. Readnetwork bercadang untuk mengadakan satu trip ke Jakarta dan Bandung sebagaimana maklumat berikut untuk semua kakitangan Readnetwork dan Tadika yang berminat.

  • Tarikh : 14 September ( Sabtu ) – 18 September ( Rabu )
  • ( Cuti Sekolah Penggal ke-2 )
  • Tempat : Jakarta – Bandung
  • Tempoh : 5 hari 4 malam
  • Catatan : 16 September cuti Hari Malaysia / Awal Muharram

Itinerari ( cadangan awal )

  • 14 September – Bertolak dari KL
  • Sampai Jakarta – ambil Speedtrain ke Bandung – bermalam di Bandung
  • 15 September – di Bandung
  • Melawat Orchid Forest Cikole -Farmhouse Lembang – Dago Dream Park – Bandung Mosque
  • 16 September
  • Melawat Noah Park – Lempang Park dan Zoo – Rumah Mode
  • 17 September
  • Melawat pasar baru – Kartika Sari – Bandung City Hall
  • 18 September
  • Balik ke Jakarta ( dgn bas ) dan pulang ke Malaysia

Syarat Penyertaan

  • Terbuka untuk semua staf READNETWORK dan Tadika Aulad , BACC, TNB Gerik
  • Jika telah berkahwin – terbuka suami / isteri dan anak-anak ( lihat nota 4 ) ( untuk yang telah bekerja lebih 3 tahun )
  • Jika masih single – terbuka kepada ibu / bapa sahaja ( untuk yang telah bekerja lebih 3 tahun )
  • Abang / Adik / Kakak / Rakan / saudara ( hanya dengan izin syarikat – full payment RM1300 *)
  • Bersetuju dengan itinerari perjalanan dan bayaran dikenakan

Kos Pejalanan

Dibiayai oleh syarikat ( staf yang telah bekerja lebih 3 tahun )

ItemStafSuami / Isteri / Ibu / BapaAnak-anak 2 tahun ++
Tambang penerbangan100%50% (RM 700 – 800 pergi balik *)50%
Hotel100%30% daripada harga bilik sehari ( RM200 * ) Lihat Nota #3percuma
Tiket Speedtrain100%50% daripada ( RM80 = 250,000 IDR)50%
Pengangkutan 100%50% (daripada RM100 *)50%
Makan Minum100%100%100%

Nota :

  • 1 – ( * ) – anggaran
  • 2 – staf yang baru bekerja kurang dari 3 tahun ( sekarang masih di tahun ke-3 bekerja ) pembiayaan syarikat ialah 50% sahaja. Baki boleh dibayar melalui potongan gaji awal dari bulan Jun hingga September. Anggaras kos ialah RM1200 ( jadi perlu topup 50 % iaitu RM600)
  • 3 – Jika harga bilik ialah RM200, separuh ialah RM100, syarikat bayar 30% iaitu RM30,baki RM70 oleh peserta bukan staf
  • 4 – pembiayaan syarikat untuk maksimum 2 anak sahaja

Dibiayai sendiri

  • Passport ( anggaran RM200 se orang ) sila buat sebelum 31 Ogos 2024
  • Tambang : rumah- airport – rumah
  • Insuran perjalanan : (RM70 – 150 ) boleh dapatkan secara online
  • Perbelanjaan peribadi  ( RM300-500)
  • Bayaran untuk suami / isteri / anak ( 50%) seperti dalam jadual

Kemudahan Pembiayaan

  • Untuk bayaran bagi suami / isteri / anak sahaja boleh dibuat secara potongan gaji 5 bulan bermula Jun 2024
  • Untuk staf bekerja belum cukup 3 tahun lihat Nota 2 di atas

Berminat?

  • Sila buat keputusan sebelum 20 hb Mei 2024 dengan mengisi borang di bawah untuk memudahkan membuat tempahan awal tiket dan hotel
  • Tarikh tutup untuk sebarang perubahan/penambahan 31 Mei 2024
  • Jika memaklumkan penyertaan selepas tarikh tutup di atas, perbezaan harga tiket ditanggung sendiri ( jika harga lebih mahal ) 
  • Tidak dibenarkan menarik diri selepas tiket penerbangan ditempah.

Isi borang ini sebelum 20 Mei 2024 ( Untuk semua peserta)

Updated : 14 Mei 2024 ( 10.30 pagi )