Coretan dan Catatan ‘Readnetwork in Bandung’
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang telah memudahkan perjalanan kita ke Bandung dan pulang ke Malaysia dengan selamat dan terhindar dari sebarang musibah. Hanya ada yang selepas pulang kurang sihat seperti kami. Ada demam dan selsema sikit beberapa hari. Tapi Alhamdullillah yang lain terutama kanak-kanak sihat, setahu saya.
Bagaimanapun, perjalanan kita boleh dikatakan ‘smooth’ kecuali hari pertama di Bandung apabila berlaku kemacetan yang di luarjangkaan kami semasa merancang itinerari lawatan.
Kita amat bernasib baik, kerana pada 15 hb Sept berlaku gempa bumi di Bandung yang menyebabkan 14 perjalanan Whoosh dibatalkan. Bayangkan jika kita bertolak pada hari itu ke Bandung. Pada 18 hb , pada hari kita bertolak berlaku sekali lagi gempa bumi kira-kira 24 km sahaja di barat Bandung pada jam 10.41 pagi. Alhamdulillah kita dah berada 100 km dari Bandung ke arah Jakarta. Sekali lagi perkhidmatan Whoosh dihentikan. Ramai pelancong yang terpaksa mencari van dan teksi dari Bandung untuk mengejar flight masing-masing untuk pulang. Alhamdulillah kita sempat lagi singgah di ‘By the sea PIK’ walaupun van No 4 terperangkap dalam kemacetan.
Berikut adalah urutan kembali itinerari lawatan kita.
14 hb ( Hari pertama tiba )
Kita tiba terlewat 15 minit daripada jadual di terminal 3 yang baru dibuka menyebabkan kita berjalan jauh untuk sampai ke tempat imigresen dan bagasi. Peraturan baru membolehkan kita terus guna mesin automatik selepas mengimbas QR Daftar kali pertama. Selepas keluar, ada antara kita yang diberikan informasi salah ke Gate Timur menyebabkan ramai yang terpaksa berjalan jauh. Alhamdulillah, kita sempat mendaftar masuk ke Stasiun Halim untuk menaiki Whoosh pada jam 6.50pm walaupun tak dapat nak nikmati pemandangan dan kelajuan sebenar kerana hari telah malam. Kemacetan mula terasa pada malam tu bila orang indon pun turut berliburan. Atas sebab salah faham, Restoran padang yang dibooking telah terlepas dan terpaksa makan nasi goreng order Grab sahaja malam tu. Bagaimanapun, bilik-bilik di hotel Neo nyaman untuk istirehat kita.
15 hb ( Hari Kedua )
Perjalanan kita bermula jam 8.00 pagi. Sebenarkan Pak Iwan dah cadangkan bertolak awal tapi dia tak bagi tahu mengenai Indo turut bercuti dan jalan akan jadi lebih macet. Saya putuskan bertolak lewat sikit sebab kita sampai lewat malam tadi ke hotel dan ada yang dah jam 12 belum tidur dan jam 4 kena bangun solat dan bersiap untuk breakfast. Bagaimanapun, tak dapat dielakkan terpaksalah berjalan dalam keadaan macet. Syukur kerana kita telah pilih van sebab cadangan awal untuk guna bas kita mungkin akan dapat sampai ke satu destinasi lawatan sahaja sebagaimana yang dimaklumkan oleh Pak Iwan. Bagaimanapun sempat juga kita ke Lembang Zoo, walaupun hanya dapat 2 jam sahaja, selepas pulang dari Maribaya Lodge. Lunch kita di restauran Sunda. Ada bayaran tambahan untuk tiket masuk. Rp85,000 untuk Zoo, Rp 145,000 untuk Maribaya. Kita singgah untuk makan Malam menu nasi padang di Restauran Sederhana Setiabudi.
16 hb ( Hari Ketiga )
Hari ini kita bertolak awal , pada jam 7.30 lagi untuk ke Orkid Forest Cikole. Perjalanan lebih lancar walaupun ke arah daerah Lembang juga yang masih sibuk kerana orang indon juga berliburan sempena Maulud Nabi. Kita ubahsuai sikit jadual awal daripada ke Astro Highland yang lebih jauh ke hentian ladang Teh di kabupaten Subang, tak jauh dari Cikole kerana takut tersangkut dengan kemacetan. Kita kena berada di Saung Angklung Udjo sebelum jam 3.30pm. Alhamdullah pak Iwan bawa kita melalui short cut melalui laluan tol tak rasmi dan sempat juga kita sampai di Udjo pada jam 3.00. Lunch kita di restoran sunda KSL. Malam kita makan di The Stone Cafe . Ada bayaran tambahan untuk tiket masuk. Rp 60,000 untuk Orkid Forest dan Rp85,000 untuk persembahan angklung.
17 hb ( Hari Keempat )
Hari ini shopping day di Pasar Baru. Pak Iwan cadang keluar awal ke kedai sebelum Pasar Baru, katanya lebih murah. Tapi kedai yang kita singgah tu hanya jual kain-kain baju sahaja. Pasar Baru ada lebih banyak pilihan dan jenis barang walaupun kedai-kedai yang ada tidaklah sebanyak seperti sebelum ini. Perjalanan seterusnya ada Jalan Braga , macam jalan TAR maybe tapi lebih banyak kedai berstatus hi-end. Selepas tu kita berpecah ke dua tempat satu ke Bandung Studio Mall dan satu lagi ke gedung-gedung baju terpilih. Ada yang tukar arah cari perfume juga. Kita pulang awal ke hotel dan keluar makan malam di Bebek Kaleyo . Harap ada yang tak muntah makan bebek indon.
18 hb ( Hari pulang )
Kita check out jam 8 pagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Singgah di Kartika Sari dan ramai yang beli kek dan kueh untuk dijadikan ole-oleh Bandung. Jam 9.30 kita bertolak ke Jakarta. Alhamdulillah semua okay dan penerbangan balik on-time. Sekali lagi kena berjalan jauh ke Gate 4. Lain kali kena ambil buggy. Syukur semua selamat sampai dan ada yang dapat beg baru pulak tu.
Catatan Penganjur
Alhamdulillah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjadikan lawatan ini satu kenangan manis kita bersama. Mudah-mudahan perjalanan ini telah mengeratkan silaturrahim sesama keluarga yang turut serta, sesama rakan kerja dan sesama waris yang turut serta. Mudah-mudahan akan ada lagi lawatan seumpama ini pada masa akan datang. Sebarang kekurangan dan kesulitan yang mungkin timbul dalam menyusun dan mengurus perjalanan ini mohon dimaafkan dan sebarang kebaikan dan kemudahan kita bersyukur kepada Allah , Tuhan yang menggerakkan dan menguasai apa sahaja di langit dan apa sahaja di bumi.
Bagaimanapun ada beberapa kos akhir yang akan diselaraskan seperti harga tiket tempat lawatan, adjustment harga whooosh , kos bilik dan belanja lain yang akan saya PM terus kepada yang berkenaan. Btw, bayaran minuman tambahan tak perlu bayar kerana ditaja oleh Pn Nik. Smile.
Untuk sebarang komen, cadangan, catatan, maklum balas mengenai trip kita sila isi borang di bawah dengan senang hati .
Terima kasih semua.
Apa kata yang telah beri maklumbalas
Seronok Sangat . Terima Kasih kerana membawa kami pada peluang yang terakhir kami bersama Bacc Kinrara. Amat bersyukur selama berkerja selama 6 tahun di Bacc Kinrara. Terima kasih dengan peluang yang diberi. Semoga dimurahkan rezeki buat Tn Haji , Pn Nik dan pihak yang terlibat. Sekian Terima Kasih dari saya Tc Sha.
Seronok sangat . Tahun depan, sekiranya ada percutian.. saya cadangkan bercuti di pulau, yang ada di Malaysia.. hihihi
Seronok sangat. Alhamdulillah, terima kasih. Trip yang sangat bermakna dan seronok. Dapat pengalaman di negara orang.
Seronok sangat.
T kasih tn hj atas tajaan. T kasih Pn Nik belanja minuman tambahan. Semoga tn hj seisi keluarga sentiasa dimurahkan rezeki yg melimpah.