Panduan Penyampaian Untuk Certified Trainer Readnetwork

Panduan penyampaian Intensif Bacalah Anakku

Ringkasan Panduan

Tips untuk penceramah

Panduan

Nota

Tips Untuk Penceramah

1. Bersedia awal supaya tak kelam kabut
  • 1. Buat rehearsal sehari sebelum
  • 2. Cuba peralatan elektronik sejam sebelum
  • 3. Datang/bersedia sejam awal
2. Hafal 5 – 6 ayat pertama untuk memulakan/mengakhiri sesuatu tajuk
  • Contoh 1
    ” Berapa ramai yang hadir hari ini nak ajar anak sendiri membaca? Berapa ramai yang nak ajar anak orang membaca? Tak kiralah atas sebab apa pun saya nak ucapkan selamat datang dan terima kaasih kerana memilih kursus ini….”
  • Contoh 2
    “Saya harap dengan penerangan ini cikgu2 dapat menjadikan kaedah fonik gabung-bunyi sebagai pilihan untuk mengajar anak membaca. Jadi lepas ini kita akan belajar bagaimana nak sebut bunyi2 ini dalam BM bersama / selepas ini…”
3. Addressing peserta dengan hikmah dan respect
  • Secara umum guna istilah ‘guru atau ibu bapa’ , ‘tuan / puan’ untuk ‘address’ peserta
  • Elakkan perkataan ‘abang, kakak, adik , makcik atau seumpamanya..
4. Memuji peserta dengan berhemah

  • Lebih baik memuji peserta dengan sifat ‘kualiti’ – contohnya mengatakan ‘peserta nampak ceria’ , ‘teruja’, ‘bersemangat’
  • Elakkan memuji peserta dengan sifat ‘kuantiti’ – contohnya ‘semua nampak handsome, comel , cantik’
5. Ucapan penutup supaya tidak berlarutan

  • Hafal ucapan penutup untuk elak kursus berlarutan – contohnya.. “Mudah2an cikgu dah dapat banyak idea and ilmu macamana nak ajar anak membaca. Jika ada kebaikan sila sebar sebarkan kepada orang lain. Jika ada salah silap kami minta maaf. Jika masih ada soalan selepas ini hubungi kami. Terima kasih dan jumpa lagi dalam kursus yang berikutnya, insyaAllah..”
6. Menjawap soalan dengan efektif

  • Ulang balik soalan jika peserta yang jauh tidak dapat dengar atau ulang rumusan soalan jika ianya terlalu panjang
  • Fokus kepada soalan yang ditanya untuk dijawap , elakkan daripada keluar daripada tajuk soalan
  • Beri jawapan yang ringkas dan tepat, jangan campur aduk dengan isu lain
  • Jujur jika tidak tahu jawapan dengan mengatakan “maaf tidak pasti jawapan kepada soalan ini.. insyaAllah saya akan ‘take note’ dan maklum balik nanti..” atau buka soalan kepada peserta kursus ” Siapa ada pengalaman dengan masalah yang ditanyakan…”
  • Jika soalan itu akan dijawap dalam sesi lain , jawap dengan ringkas dan tambah “insyaAllah kita akan bincang nanti dalam tajuk …… selepas…..”
7. Mengatasi nervousness

  • Bercakap dengan seorang dua peserta sebelum mula… untuk wujudkan suasana relaks dan santai
  • Anggap semua mata sebagai sepasang mata ….. seolah2 kita bercakap dengan seorang – one to one
  • Hafal 5-6 ayat pertama. ( tips no 2)
  • Mulakan dengan bercerita

8. Penyampaian yang jelas

  • Fokus kepada objektif dan content sesi tersebut
  • Jangan sentuh tajuk2 yang akan dibincangkan nanti atau yang telah dibincangkan
  • Beri peluang peserta bertanya soalan
  • Jika terlalu banyak soalan, bataskan waktu, soalan akan dijawab kemudian
  • Jangan terlalu excited atau terkesan dengan respons
  • Kawal penglibatan peserta agar tidak mengganggu kelancaran
  • Guna bahasa yang baku, elakkan bahasa daerah / loghat
9. Menjaga masa

  • Pastikan untuk cuba ikut aturcara dan masa diberikan untuk setiap tajuk
  • Sekiranya telah cukup masa , tutup dengan ungkapan ini ” Alhamdulillah, banyak dah idea yang cikgu dapat untuk sesi ini dan insyaAllah saya yakin dah boleh bantu cikgu mengajar… tapi nanti kalau ada masa lagi,,,saya akan share beberapa point lagi… kita akan bersama …. untuk sesi …. selepas ini / selepas rehat nanti…”
10. Penyampaian bersama

  • Ikut masa yang telah ditetapkan, berhenti jika telah cukup masa ( lihat tips 9 )
  • Fokus kepada tajuk dan kandungan yang ditetapkan, jangan masuk tajuk yang akan disampaikan oleh rakan
  • Jangan menyampuk semasa penyampaian rakan. Catat apa yang nak disebut dalam sesi lain atau sesi sendiri
  • Jangan ulang tajuk atau point awal kecuali untuk peringatan point penting
11. Masalah teknikal

  • Komputer down – boleh guna papan tulis untuk teruskan penyampaian
  • Guna masa menunggu untuk adakan sesi soal jawab
  • Tukar tajuk sesuai dengan keadaan