Pendekatan dan Strategi Mengajar

Pendekatan

Fonik adalah satu pendekatan membaca dengan cara kita mengajar bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut kepada simbol atau huruf. Untuk membaca perkataan, kanak-kanak diajar kemahiran gabung bunyi.

Strategi

Dalam kaedah fonik apa yang perlu kanak-kanak perlu kuasai ialah mereka

  1. boleh menyebut bunyi
  2. boleh mengaitkan bunyi dengan huruf / simbol
  3. boleh menggabung bunyi untuk membaca perkataan

Dalam kaedah mengajar Bacalah Anakku, strategi mengajar adalah sebagaimana berikut :

  1. Memperkenalkan bunyi sahaja dahulu – untuk memastikan mereka boleh menyebut bunyi dengan betul melalui teknik asosiasi contohnya bunyi /a/
  2. Tidak mencampurkan bunyi dengan nama huruf – /a/ adalah bunyi , /ei/ adalah nama huruf . Di antara bunyi dan nama huruf, bunyi lebih berguna untuk membaca sebaliknya nama huruf tidak berguna ( tidak perlu )
  3. Menggabung bunyi untuk membaca – ianya logik dan automatik. . Dengan menggabung bunyi /b/ dan /a/ akan jadi /ba, sebaliknya /bi/ dan /ei/ tidak jadi /ba/ tetapi jadi /biei/. Jadi tidak perlu mengeja-eja bunyi atau mengeja dengan nama huruf dan tidak juga mengecam suku kata.
  4. Mengajar kanak-kanak mengeja dengan menyebut bunyi terlebih dahulu dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi. Contohnya untuk mengeja perkataan ‘baju’ mereka akan menyebut /b/ /aa/ /j/ /uu/
  5. Mengajar nama-nama huruf – ‘a’ ( /ei/) , ‘b’ (/bi/ ) , ‘c’ (/si/) dan seterusnya hanya setelah mereka lancar membaca dengan cara fonik

Untuk pengajaran berkesan, kami telah menyusun kemahiran / aktiviti / langkah yang harus diikuti oleh guru dan ibu bapa dalam mengajar kanak-kanak membaca dengan senang

  1. Perdengarkan bunyi dan minta kanak-kanak sebut bunyi tanpa menunjukkan simbol/huruf
  2. Ulang sebut bunyi melalui teknik asosiasi
  3. Tunjukkan simbol/huruf yang dikaitkan dengan bunyi tersebut
  4. Buat aktiviti mengecam rupa dan bentuk huruf secara sensori
  5. Sertakan latihan menulis untuk menguatkan ingatan mereka kepada bentuk huruf
  6. Lakukan aktiviti latihan asosiasi untuk mengukuhkan ingatan kepada bunyi dan huruf
  7. Latih mereka menggabung bunyi secara lisan terlebih dahulu
  8. Kemudian latih mereka menggabung bunyi menggunakan kad-kad huruf
  9. Baca dengan menggabung bunyi perkataan yang diperkenalkan dalam teks bacaan
  10. Latih mereka menggabung dengan membaca terus, bukannya mengeja bunyi
  11. Buat aktiviti manipulasi untuk memastikan kanak-kanak tidak menghafal/mengecam suku kata atau perkataan
  12. Buat aktiviti rantaian bunyi untuk melancarkan bacaan terutamanya perkataan yang panjang
  13. Ajar mereka mengeja bunyi sambil membaca suku kata dan perkataan
  14. Ajar mereka nama-nama huruf secara tidak langsung hanya setelah mereka lancar membaca
  15. Latih mereka mengeja menggunakan nama huruf

Ringkasnya guru dan ibu bapa hanya perlu mengajar bunyi dan gabung bunyi kepada anak-anak untuk membaca. Selesai mereka menguasai kemahiran gabung-bunyi , dalam 2 minggu atau sebulan, mereka telah dapat membaca. Guru dan ibu bapa hanya perlu membimbing mereka untuk melancarkan bacaan sahaja.

Untuk pengajaran yang lebih berkesan dan betul dengan langkah/aktiviti yang kami cadangkan di atas, sila ikuti kursus terdekat kami.