Apa Yang Saya Lakukan Semasa Mengandung
4. Berdoa Selepas Solat
Berdoalah untuk kesejahteraan dan kebaikan anda dan bayi di dunia dan akhirat.
“Rabbi habli min ladunka dzuriyyatan thoyyibatan. Innaka samii ‘uddu’aa.”
Maksudnya:
“Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik sempurna. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar & menerima rayuan & doa hambaMu.”
(Surah Ali Imran: 36)
Sebagai ibu bapa Muslim mendidik anak menjadi anak yang soleh adalah amat penting kerana doa anak soleh akan menjadi penyambung amalan setelah ibu bapa meninggal dunia.
Sabda Rasulullah saw maksudnya “Apabila mati seseorang itu, terputuslah amalannya, kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan orang lain & anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuk kedua ibu bapa mereka.”
Selain doa di atas saya mengamalkan doa “Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku & sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah, mudahkan kelahiran anakku. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, cerdik & pandai, berilmu & beramal soleh, elokkanlah akhlak & tutur katanya & merdukanlah suaranya untuk membaca Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad saw.”
Lain-lain Doa/Zikir:
“Laa ila hailla anta. Subhanaka innikuntumminazzolimin “
Maksudnya:
“Sesungguhnya tiada Tuhan melain Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang sentiasa menzalimi diri.”
(Surah Al Anbiya: 87)