Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 – 3 Bulan

2. Menyusu
Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. Pada tahun 2007 saya dan 5 orang anak saya diserang denggi. Saya, anak saya yang ketiga dan kelima,Athirah & Amirah dimasukkan ke wad kerana ‘platelet’ kurang daripada 100. Tetapi anak yang lain, Amalia, Abdul Adzim & Amir Haziq dapat bertahan dan ‘platelet’ mereka tidak turun ke bawah 100. Ketiga-tiga anak ini saya menyusu selama 2 tahun! Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi ‘taurine’ yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak(brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *