Sambungan.
Tips daripada Maria Zain(freelance writer)
Tip 4
Melibatkan keluarga dengan program Rumah Anak Yatim
Rasulullah saw merupakan seorang anak yatim dan baginda sangat kasih terhadap anak-anak yatim. Rasulullah saw mengasihi sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim. Bagi menyuburkan sifat kasih, syukur, belas kesian di dalam diri anak-anak, kita boleh libatkan seluruh keluarga untuk membantu mana-mana Rumah Anak Yatim pilihan kita. Kita boleh aturkan program ziarah setiap dua minggu atau setiap bulan untuk anak-anak kita meluang masa bersama anak-anak yatim.
Anak-anak kita boleh kumpulkan buku dan permainan untuk dikongsi bersama. Anak-anak yang lebih dewasa boleh membantu anak-anak yatim dengan kerja sekolah mereka. Ayah dan abang pula boleh membantu membersih dan membaik pulih rumah anak yatim. Anak-anak juga boleh membantu mengumpul sedekah untuk anak-anak yatim.
Aktiviti sebegini adalah di antara yang terbaik untuk menyemai dan menyubur rasa kasih anak-anak kita terhadap Rasulullah saw.
Tip 5
Be in contact dengan ahli keluarga dan kenalan keluarga(family friends).
Adalah sunnah Rasulullah saw untuk sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan sahabat. My husband always reminds our married children(because they can be very occupied with their lives) to visit atok nenek, aunties and uncles and also our good friends.
Sekurang-kurangnya setiap minggu galakkan anak-anak menelefon atok nenek mereka.
Nowadays, anak-anak dah jarang menulis surat untuk ahli keluarga. Galakkan mereka buat kad, tulis surat, emel dan sms pun ok la jugak. But I still enjoy receiving cards from loved ones.
This sunnah of maintaining relationships will definitely in long run strengthen the ummah.
To be continued.