Minggu lepas tergerak hati nak semak sekali lagi perkataan ‘xylophone’ dalam bahasa Melayu. Dolu-dolu dalam Kamus Dewan, ‘xylophone’ dalam bahasa Melayu adalah zilofon. Begitu juga dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan(1992). Tetapi dalam Kamus Dewan edisi terkini,’ xylophone’ dalam bahasa Melayu adalah XILOFON.

Kita semua kena faham bukan saje bahasa Melayu ada penambahan. Bahasa Inggeris pun gitu jugak. Dulu dalam Oxford dictionary tak ada perkataan ‘phonics’, yang dikira singkatan daripada ‘phonetics’. Sekarang dah ada.

So untuk kita yang mengajar kanak-kanak membaca dengan kaedah foniks, tak perlu risau lebih-lebih. Mudah aje, apabila anak tamat Buku 8, perkenalkan ‘ejaan alternatif'(spelling alternative) bagi bunyi /z/. Dalam Buku 5 Bacalah Anakku, kanak-kanak telah mempelajari bunyi /z/ diwakili oleh simbol ‘z’. Sekarang beritahu mereka bunyi /z/ boleh juga diwakili oleh simbol ‘x'(tunjukkan kad bunyi; jangan sebutkan nama huruf ‘x’, ‘eks’.)

Langkah Mengajar Ejaan Alternatif bagi bunyi /z/:
1.  Guru tunjukkan kad bunyi ‘z‘.
      Guru(G):      Apakah  bunyi ini?
      Pelajar(P):    /z/                             – pelajar dapat menjawab kerana sudah diajar dalam Buku 5.

2.  Guru memberitahu( dalam bahasa yang mudah) mengenai ejaan alternatif.
     G:        Kadang-kadang satu bunyi ada lebih daripada satu simbol.
                 (Tunjukkan kad ‘x‘)
                 Ini /z/ juga.
                 Sebut /z/ 3 kali.
    P:          /z….z…z/
    G:          Bunyi apa ni?(tunjuk kad ‘x‘)
    P:           /z/
                 Guru tunjukkan kedua-dua kad, satu persatu.
    G:         Ini /z/(kad ‘z‘). Ini pun /z/(kad ‘x‘).

3. Guru memperkenalkan perkataan yang mengandungi bunyi /z/ yang diwakili oleh ‘z‘ dan ‘x‘.
Galakkan pelajar membaca perkataan-perkataan tersebut dengan menggabung bunyi.
Senarai perkataan:
Z – zip, zirafah, beza, zat, zam-zam, zuriat, zoo, mozek, Razak, Zaki, Zuraida, Zainab
X – xilofon, xilem, xenon (kesemua perkataan ini adalah perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris.

Jom kita review bunyi-bunyi paling kecil dalam bahasa Melayu. Edisi terkini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *