I’m in love with foldables or kad lipat. Hari ni nak share idea kad lipat untuk mengajar gabung bunyi deretan vokal ai, au, ia, iu, io, ui, ua, oi, Bacalah Anakku Buku 8.
Bahan: Kertas/kad (80g)
Marker Artline 90
Gunting/pisau
Pembaris
Tulis a dan i di dalam dua kotak tengah.
Kemudian terbalikkan(flip) kad.
Tulis u, a, o(kotak paling kanan), i dan u seperti di dalam gambar di atas.
Pastikan anda pusing kad dahulukn sebelum menulis o ini.
Ini adalah untuk memastikan semua huruf ditulis dan dalam kedudukan yang betul
Kad lipat ini boleh digunakan guru untuk mengajar kelas. Sesuaikan saiz kad dengan saiz kelas.
Kad lipat boleh digunakan oleh pelajar/anak secara individu atau berpasangan.
Guru/ibu bapa memberi arahan, “Buat ‘ai’.”
Pelajar/anak akan lipat kertas sehingga dia dapat membuat ‘ai’.
Ulang langkah untuk deretan vokal seterusnya.
Untuk aktiviti susulan, beri peluang pelajar/anak menulis deretan vokal.
Selamat mengajar!