Zaid dah pandai baca tapi masih belum lancar. Tapi lately ni kalau ajak baca sama-sama kat rumah, macam-macam excuse dia bagi. Penatlaa, dah baca dengan cikgu kat sekolah laa, nanti dulu laa… Dan berbagai lagu laa!

Tapi kalau kita bagi total break from reading , kesannya… dia akan lambat lancar membaca. 
So apa kita boleh buat? Ya make Baca time at home the funnest.

1. Book Cuddle 1 – just grab a book and YOU read a good story to him with your arms around him.
Kebaikan: reading is fun; mama papa pun suka membaca; anak rasa loved and secured.
2. Book Cuddle 2 – do paired, chorus, echo reading… sambil cuddle-cuddle jugak. 
Kebaikan: anak lebih lancar membaca, reading is not difficult.
Link on paired/chorus/echo reading http://cepatmembaca.blogspot.com/search/label/Membaca%20lancar
http://cepatmembaca.blogspot.com/search/label/Bacaan%20Berdua%28paired%20reading%29
3. Spelling Fun – bantu anak menguasai kemahiran mengeja. Kekadang di tadika cikgu kesempitan masa nak buat aktiviti mengeja.
Mengeja ni tak payah ada pencil and paper. take turns to spell words. Eja ala fonik ye… Sebut bunyi bukan nama huruf.
Saya kadang main 1, 2, som atau 1, 2, choose atau ku ci pang(paper, scissors, stone) dengan anak. Sape menang dia beri perkataan untuk dieja oleh yang kalah. 
Kebaikan: anak hebat mengeja, membantu anak hebat menulis.
 Bila dah pro, dah lancar membaca dan mengeja, bolehlah ajar anak convert bunyi kepada nama huruf untuk mengeja. 
4. Writing Rocks – Create all sorts of opportunities untuk anak menulis. 
Writing wall :tampal kertas mahjung di dinding untuk anak menulis apa saja. Make sure writing tools (pencils, crayons, coloured pens) within reach. Saya suka letak dalam bakul. Boleh angkut ke mana-mana.
Stick a Message :sediakan ruang untuk anak lekatkan mesej untuk ahli keluarga. Pintu fridge is a good place.
Word Jar: beri peluang anak tulis perkataan di atas pelbagai size kertas setiap hari dan masukkan ke dalam balang besar( yang transparent). Di tadika pun boleh buat. Setiap hujung bulan, boleh buat aktiviti baca perkataan-perkataan yang telah dimasukkan dalam balang tadi.
Kebaikan: widen vocabulary
Mini Books: macam- macam mini book kita boleh buat dengan anak. Di antara yang simple, lipat 3 kertas macam accordion. Galak anak lukis dan tulis cerita berdasarkan gambar yang telah dilukis.
Kebaikanmenulis penting untuk berkomunikasi, menulis akan menjadi budaya anak kita. Writing rocks hehe!

Selamat mencuba! Kalau ada gambar aktiviti-aktiviti di atas sila tag saya di Facebook, Nik Eliani Nik Nawi.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *