Mudah aje nak anak pandai membaca awal. Beri peluang anak mempelajari bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan sejak bayi. Kita boleh dedahkan anak kita kepada lebih daripada satu bahasa. Yang penting, make the learning meaningful and fun.

 Kajian-kajian terkini:
1. Anak yang dilatih untuk peka kepada bunyi-bunyi di dalam bahasa pertuturan(bukan nama huruf abc,ei,bi,si, ok), sebelum melangkah ke sekolah, akan lebih berjaya menguasai kemahiran membaca (Kajian Shaywitz,2003).
2. Kenal dan pandai sebut abc..z(ei, bi, si… zed) akan mengelirukan anak untuk menguasai kemahiran kesedaran fonemik kerana nama huruf berbeza dengan bunyi huruf/speech sound ( Kajian Lindamood, 1995).
Sebagai contoh, nama  huruf ini ‘a’ ialah ‘ei’, tetapi bunyinya dalam bahasa melayu ialah /aa/.
3. ‘Teaching your child abc(letter names) is the first roadblock to reading.’ (Dianne McGuiness, 1997)
Kesimpulannya, latih anak peka bunyi(speech sounds), bahasa Melayu, English, Arabic, daripada dalam kandungan. Waktu kritikal untuk lakukan ini ialah ketika bayi berumur 0-12 bulan, especially between 6-9 months.
Nak anak pandai baca awal, simpan dulu ajar nama huruf abc..z. Lagu abc pun tak payah ajar. Ajar lagu fonik, Abu Ada Ayam, Cory Cat, Lagu Furqan
AKTIVITI AWAL FONIK 0 – 3 TAHUN
1. Perdengarkan pelbagai bunyi-bunyi benda di persekitaran. Bunyi binatang, bunyi kereta, bunyi vacuum, bunyi loceng,dan sebagainya.  
2. Nyanyi lagu fonik. Buat aksi dan imbas kad huruf untuk setiap bunyi.
3. Make learning sounds meaningful – 1 hingga 3 tahun, kait bunyi(speech sounds) dengan benda-benda di sekeliling. Kalau berada di taman, namakan benda-benda ditaman dan kaitkan dengan bunyi. Sebagai contoh:
             Ini bunga matahari. Bunga. B b b….. Bunga.  (Galakkan anak menyebut b b b bunga.)
             This is a swing. Swing. S s s…. Swing.  ( Encourage your child to say s s s swing)
             Hazihi zahratun. Zahratun. Z z z … Zahratun.  (Galakkan anak menyebut z z z zahratun)

4. Bila anak dah makin pandai. Beri peluang anak melekatkan kad huruf pada objek-objek di sekelilingnya. 

Aktiviti-aktiviti yang bermakna di atas akan membantu anak kita peka kepada bunyi-bunyi kecil di dalam setiap bahasa  yang digunakan. You are helping your child build a neural pathway for later language learning.

Elakkan daripada memberi anak lembaran kerja fonik semata-mata. Meaningful sensory learning last a lifetime.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *