Apabila saya berjumpa dengan ibu bapa banyak juga yang mengeluh pasal susahnya mengajar anak lelaki membaca. Apatah lagi menulis dan mengeja. Penyelesaiannya tak rumit. Jom kita eksploit minat anak lelaki kita untuk aktiviti menulis dan mengeja ini.
1. Anak lelaki saya minat robot.
Aktiviti gabung bunyi (blending game).
Untuk perkataan bahasa Melayu.
Bergilir jadi robot dengan anak anda.
Mama Robot: Jom kita main robot-robot. Mama dulu jadi robot. Mama sebut bunyi dan Amir cuba teka perkataannya.
( Ibu menyebut bunyi satu persatu menggunakan suara gaya robot)
Mama Robot: Ma-ma se-but bu-nyi. A-mir te-ka per-ka-ta-an-nya ya.
Amir / anak: o-k ma-ma.
Mama Robot: /d -a – d – a/ ( Sebut bunyi sahaja bukan nama huruf.)
Amir / anak: Dada!
Mama Robot: Be-tul! A-mir a-nak pan-dai. Cu-ba te-ka la-gi. / k – u – d – a /.
Amir / anak: Kuda!
Teruskan permainan. Anda bole merujuk kepada buku Bacalah Anakku untuk pilihan perkataan berdasarkan tahap pembacaan anak anda. Beri peluang anak anda menjadi robot. Galakkan dia menyebut bunyi dan anda meneka perkataan.
For English words:
Robo Mum: I am a Ro-bo Mum. I will say the sounds and you guess the word.
/ r -e – d /
Amir /child: Red!
Robo Mum:Yes! You are right! Now li-sten a-gain.
/ g – e – t /
Amir / child: Get!
Robo Mum: You are right a-gain! Cle-ver boy!
Continue playing the game until your child is comfortable enough to take turns to become the robot. If he is not willing just go on playing with you as the robot.
Saya akan juga buat aksi robot semasa menyebut bunyi. Sesekali jadi robot seronok juga. Everything slows down!
Cadangan aktiviti susulan: Menulis perkataan-perkataan yang disebut semasa aktiviti tadi.
( Bersambung )