Seramai 99 peserta menghadiri kursus asas hari ini. Mereka kebanyakannya terdiri daripada para guru besar, penyelia dan guru-guru taska dan tadika swasta serta ibu bapa yang prihatin. Kursus asas di Putrajaya ini, sekali lagi dianjur oleh Readnetwork dengan usahasama Cendikiawan Educare. 

 

Kami berkongsi info mengenai:
1. Kaedah Fonik Gabung Bunyi, kaedah terbaik, bebas stress,  untuk mengajar anak membaca. BM dan BI.
(Hari ni ada yang stress sebab harga gula NAIK).
2. Bunyi-bunyi (speech sounds) di dalam bahasa pertuturan Melayu Baku dan British English – latihan praktikal.
Fakta penting – tunjuk kedudukan mulut (mouthposition) bagi setiap bunyi sebelum bunyi dikeluarkan.
Sebagai contoh nganga mulut untuk bunyi /a/, tutup mulut rapat-rapat untuk bunyi /b/.
3. Teknik asas gabung bunyi (blending) untuk melatih kanak-kanak membaca dengan mudah. 
Fakta penting – buat aktiviti gabung bunyi secara lisan sebelum menunjukkan gabung bunyi menggunakan kad-kad.
Kami berharap dengan perkongsian asas ini guru-guru dan ibu bapa dapat mula mengajar anak-anak membaca kedua bahasa dengan lebih baik. Untuk mendapat lebih banyak info dan latihan praktikal menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi, sertailah kursus intensif (satu hari untuk Bacalah Anakku, satu hari untuk Readeasy) di seluruh Malaysia.
Sila hubungi Readnetwork 03-41435440 untuk mendaftar ke kursus yang terdekat.
9 November Kursus Asas Bacalah Anakku dan Readeasy di Senawang, Negeri Sembilan.
16 November, di Shah Alam.

4 Comments

  1. Salam puan, boleh tak saya dapat kan vcd kursus ini bagi mempelajari cara2 utk mengajar anak membaca menggunakan siri buku bacalah anakku dan read easy. Utk pengetahuan puan, sy dah pun membeli siri buku tersebut tetapi agak sukar utk menggunakan teknik yg betul utk mengajar anak membaca.

    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *