Kita Ibu bapa dan guru-guru literasi mestilah memahami tahap bacaan anak/pelajar kita supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat. Sokongan dan bantuan yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.
TAHAP-TAHAP BACAAN ANAK KECIL berdasarkan Kaedah Fonik Gabung bunyi Bacalah Anakku dan Readeasy:
1. TAHAP PRA BACAAN / PRE READING STAGE ( 0 – 3 tahun )
Bertutur, bermain, menyanyi, berpantun, melukis, menconteng/menulis, mengenal bunyi huruf (fonem) dan bacaan lantang (read aloud) oleh ibu bapa dan pengasuh.
2. TAHAP AWAL BACAAN / EMERGENT READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Menghubung kait bunyi huruf / fonem dengan simbol, menggabung bunyi suku kata ( untuk bahasa Melayu ), mendekod ( decode ) perkataan, membaca teks pendek; belum dapat memahami sepenuhnya apa yang dibaca.
3. TAHAP BACAAN LANCAR / EARLY READING STAGE ( 3 tahun ke atas )
Membaca dengan menggabung bunyi-bunyi huruf atau fonem-fonem dengan baik.
Memahami sedikit / sederhana apa yang dibaca.
Membaca dengan lancar dengan sebutan dan intonasi yang baik; membaca tanpa menggunakan jari sebagai penunjuk, membaca secara diam ( silent reading ); memahami banyak apa yang dibaca.
Dapat sahaja hadiah buku cerita, kanak-kanak yang mahir membaca terus membaca dengan diam tanpa bimbingan.
Apabila kita, ibu bapa dan guru literasi memahami tahap bacaan kanak-kanak, maka kita tidak akan meletakkan ekspetasi yang luar biasa ketika mengajar mereka membaca. Kanak-kanak akan belajar membaca dengan tenang dalam suasana bebas stres.
They will find learning to read enjoyable!
And WE too will find teaching reading easy and fun!
setiap kanak-kanak mempunyai tahap pembacaan yg berbeza-beza, betulkah, puan?
Ya setiap kanak-kanak mempunyai tahap bacaan yg berbeza. Tetapi tahap bacaan yg saya bincangkan di entri ini adalah tahap bacaan setiap kanak2 lalui drp lahir sehingga dia menjadi pembaca yg mahir ( expert reader ).
Salam Puan,
Pusat Jagaan Didik Literasi ni kat mana? Boleh Puan cadangkan untuk saya pusat yg menggunakan kaedah ini yang boleh saya hantar anak saya yang berumur 6 dan 4 tahun yang berdekatan dengan area Sentul, terima kasih.
Mila
Sentul, Kuala Lumpur
wanshamila@gmail.com
Anak saya 5 thn baru boleh baca bukun 6..itu pun dia hafal semua perkataan tu..bila ajak baca dia selalu ckp dia tak tahu..dia tahu..mcm mn nak naikkan minat membca dia.
This comment has been removed by the author.
good info. Saya sedang mencari tool terbaik untuk mengajar anak yang berusia 4 dan 3 tahun… Setakat ini mereka dah hafal number. ALphabet masih belum sempurna.
———————————-
Jemput datang ke blog (www.cintahealth.com) saya untuk melihat suplemen anak-anak. 😉