Apabila membaca buku kepada bayi, interaksi anda dengan bayi adalah penting.
Hari ini saya memilih untuk membaca buku That’s Not My Baby kepada Rayyan, 8 bulan.
Kali ini saya dudukkan Rayyan di kerusi boosternya.
Rayyan suka buku ‘touch and feel’.
Lihatlah jari Rayyan menyentuh stokin ‘squishy’ bayi di dalam buku.
Bacalah lantang dengan pelbagai intonasi.
Hubungkaitkan apa yang dibaca dengan realiti. Ini akan melatih bayi mengaitkan bahasa dengan alam sekelilingnya.
Saya berkata kepada Rayyan “Look, the baby has a car” – sambil menunjuk kepada kereta di dalam buku.
Saya seterusnya bertanya ” Where’s your car Rayyan? “
Rayyan terus memandang kereta mainannya kemudian mencapai kereta tersebut.
Saya memberitahunya beberapa kali “This is your car. That is baby’s car.”
Kemudian saya menyambung bacaan ke muka surat seterusnya.
Tips membaca kepada bayi saya kongsi di dalam buku pinky Ajar Anak Kecil Membaca Awal.
Jadikan membaca lantang rutin harian bayi anda!
Www.readnetwork.sto.my
Baguslah mulakan di peringkat awal lagi.. Akak masih mencuba utk anak umur 5 tahun. Good job.
Perkongsian yang bermanfaat. Salam perkenalan ��Amalan baca buku untuk bayi harus dilakukan sehingga umur berapa ye?
Jemput singgah ke blog saya ye..
KENAPA BERAT BADAN BAYI KURANG
Tq chedacheyu.
CEO Mak TQ. Saya masih lakukan read aloud dengan anak sehingga dia berumur 10 thn. Kami bergilir membaca lantang. A good way to correct pronunciation.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂
Cane nak dapat kan buku ajar anak membaca awal tu ek