Kisah ibu anak disleksia.
Pertama kali saya bertemu Pn Marlisa semasa beliau mengikuti Kursus Asas Bacalah Anakku Readeasy di Sepang awal tahun ini.
Guru tadika anak Pn Marlisa yang prihatin memberitahu anaknya sukar menguasai kemahiran membaca dan menulis beberapa huruf terbalik. Anak beliau juga menulis nama ‘mirror image’. Guru tadika tersebut mencadangkan Pn Marlisa membawa anaknya berjumpa pakar untuk diagnosis disleksia.
Beliau memberitahu anaknya disahkan disleksia tahap hampir ‘severe’.
Hari sabtu yg lepas saya bertemu beliau sekali lagi di dalam Kursus Intensif Bacalah Anakku di Setapak. Beliau memberitahu saya anaknya sudah pandai membaca Buku 6 dengan Kaedah Fonik Bacalah Anakku.
Kali ini Pn Marlisa sempat berkongsi cerita. Ini ceritanya.
Anak saya Kaseh memasuki tadika pada umur 5 tahun. Di tadika Kaseh, guru meminta murid-murid menyalin nama. Kaseh menulis semula namanya terbalik, betul-betul ‘mirror reflection’.