Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan Siri Fonik Bacalah Anakku.
Semalam saya bertemu dengan Guru Lisensi PhonicSmart Cikgu S mengenai pelajarnya yang berumur 6 tahun. Pelajar tersebut boleh membaca sehingga Buku 5 Bacalah Anakku, tetapi mempunyai masalah bahasa.
Anak ini hanya bercakap menggunakan satu atau dua perkataan sahaja.
Sekira ditanya, ” Abang suka makan nasi? “.
Jawapan yang diberi, ” Nasi. “
Cadangan saya:
Anak ini perlu dirangsang bahasanya dalam suasana yang MENYERONOKKAN melalui main peranan, berlakon, main boneka / blok / atau apa saja yang digemarinya.
Penguasaan bahasa yang baik akan membantu kanak-kanak membaca dan menulis dengan lebih mudah.
Saya juga mencadangkan Cikgu S menggunakan kandungan Bacalah Anakku untuk rangsangan bahasa pelajarnya memandangkan pelajar tersebut menghadiri Kelas Membaca.
Buku 1
1. Memberi ucap selamat – memberi dan menjawab salam, selamat pagi / tengahari / petang.
2. Memperkenalkan diri.
Saya ( Ani ).
3. Memperkenalkan kawan.
Ini ( Abu ).
BBM
1.Boneka kon / jari / lidi
Buku 2
1. Bersoal jawab menggunakan ayat :
Mana ( mata )?
Ini ( mata ).
2. Menamakan objek di sekeliling ( nasi, susu, dll. ) dan bahagian tubuh badan ( mata, mulut, kuku, kaki, siku, dll. )
Cadangan ayat : Ini ( mata ) saya / ibu / Abu.
BBM
1. Objek di sekeliling
2. Diri sendiri.
Buku 3
1. Bersoal jawab menggunakan ayat :
Apa itu ?
Itu ( buku ).
Itu ( buku ) saya / Mimi / cikgu.
2. Bertutur menggunakan ayat:
Ini ( buku ).
Itu ( pensel ).
2. Bertutur menggunakan ayat:
Saya suka ( buku / nasi / lain-lain objek ).
Saya suka ( baca buku / lain-lain perbuatan ).
BBM
1. Objek di sekeliling. Utamakan mengguna objek maujud ( real objects ) daripada menggunakan gambar.
Perhatian:
Galakkan pelajar memegang, menunjuk objek dan melakonkan perbuatan semasa latihan pertuturan.
All the best Cikgu S!
Sebaiknya rangsangan bahasa dilakukan seawal anak dilahirkan.
Perkembangan pertuturan dan bahasa sebenarnya dipengaruhi NATURE dan NURTURE.
Put your hand phones away parents and look into your children’s eyes and TALK and PLAY with them.