MEMORY GAME DRESSING UP

Objektif: Meningkatkan daya ingatan kanak-kanak.
Bahan: Pelbagai aksesori pakaian, cermin mata hitam, topi, skaf, rantai leher.

Cara bermain:

1. Ibu bapa / pengasuh / guru memakai aksesori badut atau pakaian tambahan seperti topi, cermin mata, skaf di leher, rantai manik.


2. Galakkan anak menamakan aksesori-aksesori tambahan tersebut.
3. Minta anak pusing ke belakang dan anda membuang salah satu aksesori.
4. Minta anak pusing kembali dan tanyalah dia “Apa yang hilang?”
    Ulang permainan. 

Variasi permainan: tampalkan beberapa kad / huruf / suku kata / perkataan  di muka dan bahagian badan. 
Anak mesti suka melihat anda berpakaian lucu atau muka/ badan dipenuhi kad!
Permainan akan lebih bermakna.
Beri juga peluang anak menguji memori kita. Tukar peranan, anak pula yang ‘dress-up’. This activity is for everybody!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *