Hari ini saya berpeluang bersama Pn Norazlinda aka Cikgu Linda mengendalikan Bengkel Bercerita di Pusat Latihan Readnetwork, Setapak, Kuala Lumpur. Saya memberikan Cikgu Linda A*A*A* untuk perkongsiannya yang hebat!
Ini Cikgu Linda.
Saya terkesan dengan cerita beliau mengenai seorang anak 5 tahun yang bertanya “Cikgu kenapa buah cempedak di luar pagar bukan buah apple?” apabila mendengar pantun Cikgu Linda:
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ada pula anak-anak tadika yang apabila di tanya ” Cerita apa yang kamu paling suka?”, menjawab ” Cinderella dan The Mermaid.
Banyak perkara yang kita boleh simpulkan daripada jawapan anak-anak ini. Tetapi kali ini saya ingin membawa perhatian anda kepada realiti anak-anak kita sekarang sudah jauh dengan cerita rakyat Melayu. Pantun-pantun Melayu sudah menjadi asing kepada mereka.
Jom kita hidupkan cerita-cerita dan pantun-pantun ini melalui bercerita dengan teknik-teknik yang menarik. Cikgu Linda berkongsi bercerita menggunakan Teknik Kamishibai, Teknik Tampalan, Teknik Lipatan dan Guntingan dan Teknik Boneka Russia.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Bengkel Bercerita Cikgu Linda, sila hubungi Readnetwork 0341435440.