Pagi semalam anakanda Athirah sms ‘Prof bwk gi klas’ bersama gambar ini.

TerKEJUT seminit!

Bacalah Anakku Edisi 1, 1996. 

Nostalgia sekejap. 
Bacalah Anakku yang ditulis dan disusun oleh sepasang suami isteri untuk mengajar anak ketiga mereka yang berumur 6 1/2 tahun yang tak tahu membaca. 
Anak itulah Athirah, Si Baju Biru di kulit buku Bacalah Anakku dan sayalah ibunya.
Masa tu saya dan suami merupakan guru Bahasa Inggeris di sekolah menengah di Kelantan. Time tu cikgu-cikgu sibuk mengajar Skim SSB, gaji melintang, menegak.
Kami selalu joke, Athirah terabai sebab kami kejar gaji melintang ( ha ha tak dapat pun. Alasan, masih muda untuk dapat 🙂 )
Anyways, Athirah masa tu bersekolah di tadika dekat rumah milik kerajaan negeri. Cantik bangunannya, lapang bilik darjahnya. Tapi bilangan murid dalam satu kelas melebihi 30 orang! (Rase lebih 40 orang… Tapi dah lupa… Yang pastinya sangat ramai.)
Banyak orang hantar anak ke tadika ni sebab yuran agak murah, bilangan guru cukup, makan sedap sebab ada sponsor.
Kami hantar Athirah sebab permintaan ayah saya yang masa tu tolong hantar cucunya ke sekolah. Alasan dekat rumah.
To cut the story short, menjangkau 6 1/2 tahun Athirah expert sekali  ‘ngala nepek'( colouring and pasting ; mewarna menampal ). Dia juga pandai menyanyi lagu abc. Tunjuk ‘a’ tak tahu, tunjuk ‘b’ tak tahu.
OKTOBER 1995
Aduyai masa tu dah bulan Oktober(1995). Pada tahun itu Kementerian Pendidikan Malaysia tukar penggal persekolahan bermula pada 1 Disember. 
Mak Athirah panik sebab anaknya dah nak masuk Darjah 1 tapi tak reti membaca, Ayahnya cool aje. 
Mak athirah pun pi kedai buku nak cari buku untuk ajar anak kecil membaca Bahasa Melayu. 
Aduyai  kat kedai buku pun yang banyak buku-buku cerita dan buku  ‘ngala nepek’. 

NOVEMBER 1995
To cut the story short, my ever-so -cool husband  and I sat down to draft out our own reading series in Bahasa Melayu. Sepanjang bulan November, sambil kami menyusun dan menulis, kami mengajar anakanda Athirah membaca. Dalam masa sebulan Athirah dapat membaca perkataan suku kata tertutup ( Buku 6, 7 Bacalah Anakku sekarang ). 

Ni dia contoh buku yang kami tulis tangan.

 

DISEMBER 1995
Pada 1 Disember saya menghantar Athirah ke Darjah 1 dengan hati yang agak lega. Walaupun masa tu dia belum habis belajar membaca ( Buku 8 Bacalah Anakku), tapi Athirah dapat membuat kerja sekolahnya tanpa banyak bantuan.
Alhamdulillah!
Sekarang anakanda Athirah berkerja sebagai Senior Finance & Accounts Executive di firma swasta       ( hehe baba nak anak dapat pengalaman kerja dengan orang dulu ). Saturdays pula Athirah attend  kelas program Diploma  Executive Early Childhood Education ( hehe semoga Allah permudahkan kami ‘groom’ Athirah ).

Anakanda Athirah now.

Masa kelas semalamlah Professor Dr Mahzan  Arshad, pensyarah Early Childhood Language & Literacy untuk Program Diploma Executive Early Childhood Education di UMCCed ( University Malaya ) mempamerkan buku Bacalah Anakku sebagai contoh buku yang menggunakan kaedah fonik. Prof cerita dia beli pada tahun 1996 untuk mengajar anaknya yang berumur 5 tahun membaca. Kemudian Prof bawak buku Bacalah Anakku ke US. Di sana dia mempelawa seorang bangsa America utk mempelajari Bahasa Melayu menggunakan Bacalah Anakku. Prof kata dengan buku ni dia boleh ajar dalam 1 bulan. 

Terima kasih Prof Mahzan kerana menggunakan Bacalah Anakku dan masih menyimpan set buku yang sudah berusia 15 tahun untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar.

Hehe down memory lane sekejap.

6 Comments

  1. Saya rasa sungguh bangga dan kagum dengan usaha murni Eliani. Mungkin kita mempunyai minat yang sama iaitu menulis dan mengajar. Sejak dari dulu lagi saya teringin untuk menerbit dan menjual buku kanak-kanak. Keinginan ini terkubur begitu sahaja hingga kini. Namun begitu saya banyak membuat buku-buku buat bacaan anak-anak untuk mengelak dari membeli kerana pada masa dahulu, kebanyakan buku sangat mahal dan juga tidak begitu mengikut keperluan anak-anak kita. Kebanyakan anak-anak dapat membaca awal dan yang paling awal ialah Tajrid iaitu ketika berumur 2 tahun. Manakala Hafidz pula pada umur 4 tahun. Kedua-dua mereka adalah homeschool dan Tajrid baru sahaja graduate dari homeschool dan sekarang tengah menjalani latihan PLKN. Yang menjadi saya bingung ialah apabila mereka mula masuk umur 6 tahun, kedua-duanya mula malas untuk membaca. Berbagai usaha dilakukan dan mungkin saya sendiri tidak pakar dengan saikologi kanak-kanak. Oleh kerana mereka homeschool, saya tidaklah bimbang kerana kami mempunyai curriculum yang sangat luas dan flexible. Mereka belajar berniaga, gardening, astronomi, traditional medic, akedemi perfileman dari FCUPRODUCTION, home building, memasak dan berbagai lagi selagi mereka minat. Kini saya buat homeschool dengan cucu-cucu pula. Ada seorang cucu yang agak lambat membaca dan kini sudah berumur 7 tahun. Namun begitu beliau sangat pandai dengan computer sampai saya sering meminta pertolongan dari nya. Setelah membaca di ruangan blog ini, saya naik semangat untuk membantu cucu ini untuk dapat membaca dalam masa terdekat. Kadang-kadang kita memerlukan suntikan semangat dari orang lain untuk terus bergerak. Teruskan memberi panduan dan tips-tips kepada para pembaca agar menjadi satu ibadat yang pahalanya berterusan dari Allah hingga ke akhirat.

  2. Askm terima kasih di atas komen pn. Saya pun makin naik semangat, mengutip saham akhirat insy. Bole sy tau nama puan? Sy tertarik dengan minat pn yg suka tulis buku. Sy pun have same problem dgn ank laki sy. Definitely bukan ulat buku. Suka melukis, suka benda2 teknikal mcm cucu pn jugak. So saya masih read aloud, buat shared reading dgn Amir, 11. Kalau tidak x baca langsung! Pn sekiranya pn nk publish buku kanak2 yg pn buat bgtau sy ye. Especially books for boys yg baru pandai baca. Another sy tertarik dgn ur fmly bznes FCUProductions. Sy teringin nk buat tv program ajar ank membaca. Mayb pn bole bg sedikit nasihat 🙂

  3. Nama saya adalah Rohana dan berumur 52 tahun.Terasa satu pintu gerbang terbuka luas bila mengetahui Eliani ingin membantu. Bukan semua orang sangat baik hati untuk menolong tanpa bayaran. Dalam phasa usia emas ini, prioriti saya lebih tertumpu kepada penghafalan Al Quran dan penguasaan bahasa ketiga. Minat menjadi penulis ini diserapkan kepada pelajar homeschool kami pula. Walaubagaimana pun, saya sebagai blogger dan juga seorang suri rumah sepenuh masa, merasakan ini adalah satu peluang untuk menjadikan hobi menulis bertukar kepada income tambahan. Saya pasti ramai diluar sana yang berkongsi minat dan rasa yang sama dengan saya. Sangatlah bermakna sekiranya Eliani dapat buat entri berkenaan langkah yang terperinci dari A to Z kepada para pembaca. Begitu juga suka duka Eliani terpaksa lalui dalam usaha menjadi penulis dan penerbit buku. Tentu ramai pembaca seperti saya yang ingin mengetahui kehidupan sebagai seorang penulis buku. Ilmu sebegini menjadi sangat bermakna apabila dapat melahirkan ramai lagi penulis di kalangan bangsa Melayu amnya dan para suri rumah khasnya.

    Mengenai FCUPRODUCTION, boleh tengok setengah dari videonya di youtube FCUMEDIA99. Kami banyak terlibat dalam pembuatan koperat video samaada bagi syarikat dalam dan luar negara. Kebanyakan video ini tidak dapat ditonton di youtube kerana menjadi hak milil pribadi syarikat tersebut. Semua crew production (anak-anak) adalah dari keluaran FAMILY CHESS UNIVERSITY.

  4. Askm Pn Rohana. Seronoknya Pn Rohana membalas komen saya. Memang kami rase kekurangan buku cerita kanak-kanak yang menarik. Sebenarnya saya x ada bakat menulis buku cerita. Bacalah Anakku & Readeasy adalah Siri Membaca yg very structured. Sebab tu saya nak team up dengan penulis2 lain. Cuma we need very good illustrators utk buku kanak2. Pn Rohana ada Fb? Bole pm saya ur emel. Banyak lagi yang saya perlu belajar. Buat blog pun terkial-kial. Btw Eliani pun dah masuk 5series tahun ni 🙂 .pn Rohana TQVM for ur suggestions. Eliani akan pertimbangkan. Ada beberapa cerita duka… Takut nak cerita.. Takut tersilap mengaib org. Tp kalau cerita memang bole ambil iktibar.
    Insy will look into ur fcumedia99.

  5. Pada pandangan saya, blog Eliani sudah cukup baik (bermaruah) dan penuh dengan ilmu yang dapat dikongsikan dengan pembaca. Yang paling penting,kita sebagai isteri mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dalam sebarang penceritaan. Begitu juga mestilah pandai mengolah agar tidak mengaibkan orang persendirian dalam usaha untuk mendapat iktibar. Yang penting pembaca dapat mengambil pembelajaran yang ingin disampaikan tanpa kita membuat dosa. Keberkatan ini penting agar blog kita menjadi jariah yang berkekalan. Biasanya blog begini mempunyai ramai silent reader yang tidak banyak memberi komen. Ini sudah cukup baik dan sudah sampai kepada matalamat kita untuk beribadah. Pembaca memang suka memberi komen bila kita menyentuh dan membuka luas tentang kehidupan kita termasuk perasaan kita dalam penceritaan. Bagi saya, sebagai seorang isteri dan juga muslimah, kita mesti ada yes and no agar kita tidak terpesong, biarpun ini ber makna blog kita sunyi dari komen pembaca.
    Sebelum ini Eliani ada bertanya program tv. Bagi saya, buatlah rancangan yang berbentuk realiti.Rancangan tv korea seperti star king boleh diambil sebagai rujukan. Mengambil beberapa orang pelajar yang lemah dan tidak mampu sebagai subjek dan mengubah mereka menjadi cerdik dan pandai membaca dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah yang simple dan mampu dipraktikkan oleh golongan biasa-biasa. Tentu menarik!!

    Saya tak ada personal fb tapi…untuk homeschool adalah..baru saja dilancarkan ie: fcuhomeschooling. Email saya: rohofchess33@yahoo.com.

  6. Jazakillahukhairan kathira. Feeling so blessed to have a new friend who has given me such a sound and wise advice. Semoga Allah memberkati Pn Rohana sekeluarga. I will keep ur advice close to my heart. MayAllah guide me when i share something on this blog. Semoga usaha yang sedikit ini Allahswt terima sebagai ilmu yg dpt dimanfaat org lain.
    Pn Rohana, saya tertarik sangat ur idea regarding the reality tv program. Semoga ia menjadi satu REALITI once day. Tq again

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *