RANGSANGAN FIZIKAL(KEMAHIRAN MOTOR)
Ransangan fizikal, sering diabaikan oleh ibu bapa zaman sekarang. Seringkali anak-anak kecil dibuai dalam buaian sepanjang hari. Banyak juga ibu bapa yang meletak anak dalam ‘walker’, bukannya memberi mereka peluang merangkak atau bertatih. Anak yang tidak dirangsang fizikal,selalunya menghadapi masalah membaca kemudian.
Ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak menggenggam, melibat & mencapai objek pelbagai tekstur. Permainan menyusun blok, puzzle mudah, mainan buka-pasang(take apart toys), bermain playdoh & menconteng bebas akan merangsang kemahiran motor halus anak. Aktiviti sebegini juga melatih koordinasi mata-tangan yang amat penting apabila anak belajar membaca & menulis.
Bermain puzzle pula membantu anak memberi tumpuan dan meneliti perbezaan-perbezaan kecil. Ini akan membantunya mengecam dan membezakan huruf-huruf untuk membaca. Selain aktiviti di atas, menggolek & menangkap bola juga membantu koordinasi mata-tangan.
Anda tidak perlu membeli mainan mahal-mahal untuk aktiviti sebegini. Buatlah puzzle sendiri menggunakan kotak terbuang. Bentuk bulat, segitiga, segiempat sangat sesuai untuk dibuat puzzle mudah. Guna cawan dan piring plastik untuk anak anda susun. Balut kotak pelbagai saiz dengan bermacam fabrik/kertas untuk anak susun juga. Anda juga boleh membuat playdoh sendiri dengan mencampur tepung, air, garam & minyak. Untuk lebih menyeronokkan, campurkan adunan tadi dengan pewarna makanan & juga esen. Emmm wanginya playdoh nanti!