Pengalaman pembelajaran paling penting dalam hidup kanak-kanak berlaku dia antara umur 0 hingga 6 tahun. Menurut Montessori fasa ini adalah ‘sensiitve period’ bagi kanak-kanak. Para saintis menamakan pasa ini sebagai ‘critical period’ & Piaget memanggil fasa ini ‘sensorimotor period’.

Sebagai ibu bapa kita sepatutnya megambil peluang ini untuk memberi pengalaman yang bermakna & menyeronokkan kepada anak-anak kita. Jangan sekali-sekali tinggalkan anak sepanjang hari, 7 hari seminggu bersama bibik. If we miss this period, we will miss it forever. Ada duit sebanyak mana pun kemudian hari, you can never get this opportunity again.

Jom kita semak sekiranya anak kita sudah bersedia untuk belajar membaca secara ‘formal’.

KEMAHIRAN PRA BACAAN:
Adakah anak anda dapat…
1. mengingat kembali apa yang berlaku di dalam sesuatu cerita? Retelling stories

2. menceritakan semula cerita yang telah didengarinya? Retelling stories

3. menyusun gambar bersiri? Sequencing pictures

4. meneka apa yang berlaku seterusnya apabila anda bercerita atau membaca buku cerita kepadanya? Predicting

5. bercerita dengan sendiri berpandukan gambar bersiri? Picture reading

6. mengenalpasti apa yang sama atau berbeza pada gambar? Matching & Discriminating

7. menyebut & membezakan bunyi-bunyi kecil dalam BM &/ BI seperti /b/, /m/ dan sebagainya secara lisan. Sound/Phoneme awareness

Sekiranya anak anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti di atas, maka anak anda sudah bersedia untuk belajar membaca dengan lebih sistematik, tetapi masih dalam suasana yang menyeronokkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *