Banyak ibu bapa beranggapan mengajar membaca adalah TUGAS GURU. Lebih-lebih lagi sekiranya yuran yang dibayar kepada guru atau institusi untuk mengajar anak mereka membaca MAHAL. Ada pula ibu bapa yang tidak mahu memberi sokongan di rumah kerana mereka TIADA KEMAHIRAN. 
Saya dapati daripada pengalaman mengajar kanak-kanak kecil membaca melebihi 20 tahun, kanak-kanak yang diajar atau dibantu ibu bapa di rumah, 
1. Dapat membaca pada usia yang lebih awal. Saya dapati kebanyakan kanak-kanak 3 hingga 4 tahun yang pandai membaca telah diajar oleh ibu bapa sendiri.
2. Lebih cepat pandai membaca.
Kanak-kanak yang dibantu oleh ibu bapa dapat menguasai kemahiran membaca dalam jangka masa 2 minggu sehingga 2 bulan. Kanak-kanak yang belajar membaca di sekolah tanpa sokongan di rumah mengambil masa yang lebih lama.
3. Cepat memahami teks bacaan. 
Sesi bacaan bersama ibu bapa di rumah membantu kanak-kanak memahami apa yang dibaca kerana ibu bapa dapat memberi penerangan kepada anak. Sekali gus memperkayakan kosa katanya (vocabulary).
Jom kita bantu anak kita membaca di rumah. Lagi pun anak kecil kita CEPAT LUPA. Lebih-lebih lagi apa yang dipelajarinya adalah bunyi – simbol. Apa yang menarik pada bunyi /b/ dan huruf ‘b’? Yang lebih menarik Upin, Ipin, Minion dan Barbie.
Lebih efektif sekiranya kita ibu bapa KREATIF memberi sokongan di rumah. Di dalam blog ini saya berkongsi pelbagai idea menarik untuk membantu anak menguasai kemahiran membaca dan menulis. 

Tambahan pula membaca pada peringkat awal TIDAK MENYERONOKKAN bagi kanak-kanak kecil. Apa yang menyeronokkan duduk depan buku untuk dilatih menggabung bunyi membaca na, ni, nu?  Seterusnya membaca ana, ani dan ina. Bagi kanak-kanak bermain bola, berlari, menonton tv dan bermain ipad lebih menyeronokkan. 

Oleh itu ibu bapa perlu membantu anak di rumah supaya dia lebih kerap dilatih membaca. Sesi di rumah tidak perlu mengambil masa yang panjang – 2 hingga 5 minit sudah memadai, sekali atau dua kali sehari. 
Wujudkanlah Smart Partnership dengan cikgu yang mengajar anak anda membaca.
Jangan kita lupa LITERASI BUKANLAH SATU ANUGERAH, IA ADALAH HAK SETIAP ANAK.
Kita ibu bapa adalah orang pertama yang harus menunaikan HAK ini.
(LIterasi : boleh membaca dan menulis)

Kanak-kanak bersedia membuat aksi bermain bola keranjang.
 

Mereka berlari sambil membuat gaya menepuk bola sambil menyebut /b b b b b/. Kemudian menyentuh gambar keranjang di dinding.
Guru-guru yang dilatih oleh Readnetwork di dalam Kursus Intensif Bacalah Anakku & Readeasy mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bermain sambil belajar di tadika dan sekolah masing-masing.
Gambar-gambar di atas ihsan daripada Little Aulad Playschool, Kota Bharu, Kelantan.
Sila ke www.readnetwork.com untuk info kursus terkini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *