Saya sering ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis? Saya memberi peluang anak-anak saya menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi anda mampu menggenggam alat tulis.
Tampalkan kertas mahjong di lantai dan berikan krayon untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby’s first writing.
Jangan lupa untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia ‘menulis’. Tanya “Adik tulis ape tu?”. Beri komen yang memberangsangkan seperti “Cantiknya tulisan adik !” atau “Besarnya bola adik lukis!”.
Anda juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk ‘menulis’. Dengan berbual sebegini bayi anda akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.
Anda juga boleh mainkan lagu(…how about ‘Abu Ada Ayam’?) semasa sesi ‘menulis’ ini. Pelbagaikan rentak lagu laju atau perlahan untuk menggalakkan bayi anda ‘menulis’.
Menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih ‘pro’ menconteng. Jangan expect bayi anda boleh melukis gambar pada tahap ini ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don’t forget to put up your baby’s writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts.
Have fun with your baby!