Sambungan:
Terdapat 3 style belajar. Kita samada belajar melalui mata, telinga atau pergerakan. Banyak di antara kita, termasuk anak-anak kita yang cenderung kombinasi 2 style. Sebagai ibubapa atau guru kita observe yang mana style yang lebih ketara.

So apa yang kita nak observe lagi?
Sekiranya anak kita susah nak faham arahan secara lisan, lebih suka buat kerja dengan teratur dalam suasana sunyi, maka anak kita termasuk dalam Geng Mata(visual learner).

Geng Mata juga suka membaca, lebih suka memerhati daripada bercakap atau melakukan sesuatu, mudah hafal bahan bertulis dan hebat mengeja. Mereka peka perkara-perkara kecil dan suka menconteng pada kertas.

Tips Untuk Bantu Geng Mata:
1. Galakkan mereka melakar atau melukis idea-idea mereka atau apa yang mereka telah pelajari menggunakan pen atau krayon pelbagai warna. Mind mapping akan banyak membantu Geng Mata belajar(Rujuk gambar di bawah).

2. Beri banyak peluang untuk mereka menulis apa yang mereka belajar mengguna pelbagai media tulis termasuk komputer dan ipad. Galakkan mereka highlight fakta penting yang mereka tulis.

3. Gunakan gambar, grafik, carta, pemetaan dan diagram untuk bantu mereka belajar dengan lebih baik.

4. Tulis kata kunci, arahan yang diberikan secara lisan.

5. Tunjukkan secara praktikal apa yang kita nak mereka lakukan.

6. Ajar membaca menggunakan kad huruf, kad suku kata dan kad perkataan. Galakkan mereka bina suku kata/perkataan/ayat menggunakan kad.

7. Perbanyakkan aktiviti visual seperti mengkaji peta, melihat video, membuat model dan bermain crossword dan word search.

Selamat mencuba semua
Bersambung …

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *