Jangan salahkan anak malas belajar kalau gula-gula, coklat, maggi, burger(komersil), nugget(komersil), air sirap, coke dan bagainya menjadi sajian harian anak kita!

Kita Ibu bapa mesti penting makanan yang di makan oleh anak-anak kita supaya otaknya boleh belajar sebaik mungkin. 

CADANGAN DIET OTAK: 
Mereka yang mengkaji otak percaya untuk otak berfungsi sebaik mungkin, sarapan mestilah kaya dengan protin. Protin menggalakkan pengeluaran ‘tyrosine‘ yang membantu sel otak menghasilkan ‘norepinephrine‘ dan ‘dopamine‘. Kedua-dua neurotransmitter ini membantu otak untuk peka dan cerdas. Elak sajikan nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, nasi dagang ketika sarapan ye. 
Pakar pengkaji otak juga mencadang protein dihidang untuk makan tengahari. Bukankah otak perlu cerdas sepanjang hari? Oleh itu ‘norepinephrine’ dan ‘dopamine’ perlu terus dihasilkan.
Orang Melayu kita tentu sekali akan menghidangkan nasi. Anak kita masih perlu karbohidrat tetapi pada kadar yg berpatutan. Hidangkan lebih banyak ikan dan daging. Daging ayam belanda(turkey) adalah sumber protein yang baik.

Banyak pelajar menjadi penat(kita ingat dia malas) dan ketidakharuan(cranky) kerana pemakanan yang tidak sihat atau pun kerana tidak cukup makan. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan makanan sihat yang lebih kerap. Jadikan kurma dan kismis, pisang, kekacang, lobak merah dan jambu sebagai snek kegemaran mereka. Biskut tawar dengan peanut butter atau sedikit keju juga snek yang bagus. JANGAN simpan gula-gula, biskut manis, ais krim, dan kerepek ajinomoto di rumah. Stokkan almari dapur anda dengan makanan yang baik.
Untuk makan malam pula (sebaiknya sebelum 7 petang ), hidangan ayam atau ikan bakar, nasi, ubi kentang, sayur dan buah boleh dijadikan sebagai menu pilihan kita untuk anak-anak.

YOUR CHILD IS WHAT HE EATS.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *