Dangdut ‘b’ & ‘d’.
Atau apa saja irama kegemaran anak anda.
Wahai ibu bapa dan guru-guru, jadikanlah main doh aktiviti WAJIB sekiranya anda sedang mengajar anak kecil membaca. Lebih-lebih lagi sekira anak anda cepat lupa atau mempunyai masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia. Menurut kajian saintis barat, membentuk huruf dan/atau perkataan dengan ‘clay’ ( doh / plastisin ) membantu pendawaian saraf-saraf otak kanan yang sangat penting…
(Sambungan) Tip 4: Huruf Magika. Menulis huruf ‘b’ di atas angin dengan pergerakan lengan. Kemudian sebut bunyi /b/. Begitu juga untuk huruf ‘d’. Pastikan anak menggerakkan lengan mengikut arah sebagaimana huruf itu sepatutnya ditulis.Aktiviti ini akan membina ingatan otot (muscle memory) anak anda.Dapatkan Poster Carta Bunyi untuk merujuk cara huruf ditulis. Tip 5:Huruf Bergambar. Sekiranya anak anda visual…
WAN MOHD FAHMY, 13 tahun pelajar Kelas pendidikan Khas, SMK CHERAS JAYA. Wan Fahmy anda HERO! Sudah pasti kegigihan anda akan menjadi INSPIRASI bagi pelajar-pelajar lain, terutamanya pelajar keperluan khas. Anda juga bertuah mendapat ibu bapa yang tidak kenal erti berputus asa. Ibu bapa yang sentiasa menyokong anda. Saya mengucapkan terima kasih kepada Wan Fahmy,…
Cikgu Saini @ SyameerIrsyan bersama Konsultan Bacalah Anakku, Cikgu Sharifah Suharni, selaku pemerhati di Kursus Bacalah Anakku & Readeasy di Kuching, 11 dan 12 April 2015. Pada 11 Dan 12 April lalu kami berpeluang berkongsi kaedah mengajar membaca dengan guru-guru Sarawak di Kuching. Saya suka sangat sebab bersama kami Presiden Persatuan Disleksia Sarawak, Dr Ong,…
Tips pelbagai deria (multi sensory) untuk membantu anak yang keliru di antara ‘b’ dan ‘d’: TIP 1: menyentuh huruf-huruf berpasir ‘b’ dan ‘d’ sebagaimana huruf-huruf itu ditulis. Sebut bunyi. Anda boleh menggunakan kertas pasir atau span periuk untuk membuat huruf. Tampalkan huruf pada kadbod keras. Langkah tambahan bagi kanak-kanak auditory ( yang cenderung menggunakan telinga…
Baru-baru ini saya ditanya lagi bagaimanakah cara untuk membantu anak disleksia membaca. Ini jawapan tambahan. Masih ada BANYAK HARAPAN untuk anak disleksia menguasai kemahiran membaca. Kita hanya perlu tahu caranya. Dr Sally Shaywitz bersama pasukan Yale Center of Dyslexia and Creativity mendapati kemampuan membaca otak anak disleksik mampu diubah melalui intervensi. Apakah intervensi itu? Ia mestilah…
saya suka cara ni..terima kasih puan..
Terima kasih kembali Pn GOLD FINGER 🙂