Ada yang bertanya apa itu tummy-time … No it’s not about makan ya!
Tummy-time – meletak bayi di atas perutnya sewaktu bayi tidak tidur sambil diawasi.
Tummy-time membantu membina otot-otot kepala, bahu dan leher yang kuat. Tummy-time juga membantu mengelak kepala bayi menjadi leper. Tummy-time menggalakkan bayi  merangkak.

Cadangan aktiviti tummy-time untuk bayi baru lahir. 
1. Baring bayi di atas perutnya. Berbual mengadap muka bayi atau bunyikan kerincing supaya lebih menyeronokkan.
2. Baringkan bayi di atas paha / dada / perut ibu bapa.
Cadangan aktiviti tummy-time untuk bayi 3 bulan ke atas.
1. Seperti di atas. 
2. Letakkan gulungan tuala di bawah dada bayi yang dibaringkan atas perut.
3. Letakkan bayi perut ke bawah di atas bola.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *