Menjadi ibu dan bapa adalah di antara kerja yang paling sukar dan mencabar sekiranya tiada persediaan. 

Jangan risau. Saya akan memudahkan anda menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Tips untuk ibu bapa baru:
1. Lakukan sujud syukur sebaik mendapat berita gembira anda dikurniakan zuriat.

2. Dapatkan buku pinky Ajar Anak Kecil Membaca Awal. Mummy dan Daddy-to-be boleh baca, buat persiapan dan amalkan tips bersama.
Di dalam buku ini saya berkongsi tips bagaimana merangsang bayi daripada dalam kandungan sehingga usia 3 tahun. 
Dapatkan buku pinky di sini www.readnetwork.sto.my

Tips yang saya kongsi bukan sahaja akan memudahkan anak kecil membaca awal tetapi untuk juga memudahkan mereka menguasai kemahiran asas yang lain.
Sekira mummy-to-be kuat alahan, Daddy-to-be perlu banyak membantu merangsang Baby dalam kandungan. 


3. Jaga pemakanan.
Ibu yang mengandung perlu makan makanan yang berkhasiat;  makanan yang kaya dengan protin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ibu yang mengandung juga digalakkan mengambil suplemen seperti vitamin D, asid folik dan omega 3 yang amat penting untuk perkembangan otak bayi. 
Daddy-to-be sila pastikan mummy makan yang berzat ya.


4. Banyak rehat.
Ibu mengandung yang stres tidak membantu perkembangan otak bayi yang sihat. Pastikan mummy mendapat cukup rehat dan gembira selalu. Daddy boleh membantu kerja-kerja rumah supaya jiwa mummy tenang terutama pada trimester terakhir.

5. Amalkan pemikiran dan visualisasi positif.
Bayangkan ( visualize ) diri anda sebagai ibu yang berjaya. 

 Bayangkan anda akan menyusu bayi anda. Bayangkan anda bermain dan bercakap dengan bayi anda dengan penuh gembira. Jangan lupa bayangkan juga Daddy cukup pandai melayan Baby.

6. Senaraikan dan book mark laman web yang memberi info bagus mengenai bayi dan kemahiran keibubapaan.

7. Lawati kedai-kedai keperluan bayi, kedai buku, laman-laman web dan forum keibubapaan.

8. Dalami dan kaji ilmu keibubapaan. Baca buku dan sertailah bengkel dan seminar.  Ilmu akan membantu bakal ibu dan bapa menjadi hebat.

9. Biasakan diri dengan bayi. 
Mummy dan Daddy-to-be boleh menziarah kawan-kawan atau waris yang baru mendapat bayi untuk mengambil peluang berinteraksi dengan baby. Bantu mereka menukar lampin atau mendodoi bayi.
Nanti tidak kekok menjaga baby sendiri.

10. Siapkan barang keperluan baby. 
Katil, pakaian, lampin, keperluan mandi, mainan bayi kecil (newborn) dan beg hospital. Jangan lupakan masukkan tamar dan/atau madu ke dalam beg hospital untuk mentahnik baby.

11. Buat senarai Things To Do sebaik baby dilahirkan.
      Azan, iqamah, menyusu, mentahnik dan mendoakan bayi serta bersegera menanam uri.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *