Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 – 3 Bulan

4. Menggantung Mobile
Gantungkan ‘mobile’ hitam-putih, 25cm(10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.


Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.

5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih
Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

Saya hanya berpeluang melakukan aktiviti ini pada anak keenam. Saya mencuba rangsangan hitam-putih ini ketika dia berumur 7 hari. Saya cukup teruja melihat matanya mengikut pergerakan gambar ke kanan dan ke kiri. Dan hari ini Amir memang cekap kemahiran motornya. Menendang bola pada umur setahun dan amat gemar bermain ‘mengikat tali’ semenjak umur 1 1/2 tahun lagi.

6. Bernyanyi & Menari
Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.


Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *