Menulis bagi kanak-kanak bukan mudah. Ia bukan sekadar mengerak-gerakkan jari. Ibubapa jangan expect anak terus aje pandai menulis by the time they are 6 years of age. Untuk kanak-kanak 4,5,6 tahun memegang pensil dengan betul(tripod grasp),  jari jemari mereka sepatutnya dirangsang jauh lebih awal.

Daripada umur 0 – 3 tahun, beri peluang anak melakukan aktiviti memegang, meramas, meronyok, mengoyak pelbagai bahan(kertas, plastik, squeeze toys). Aktiviti sebegini merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak diberi peluang menggunakan jari jemari mereka, nanti lebih senang kita ajar mereka memegang pensil atau krayon dengan betul.
Cadangan untuk kanak-kanak 2-3 tahun di rumah atau di taska.
1. Aktiviti memegang(grasping/holding) – alat mainan masak-masak(sudip, senduk, sudu, garfu), guli, pom-pom kecil, bola ping-pong, bola tenis, bola getah(pelbagai saiz, paling besar saiz bola tenis. Beri peluang kanak-kanak kutip guli dan/atau pom-pom dan masukkan ke dalam botol atau bekas telur. Perbanyakkan aktiviti memegang yang memberi peluang kanak-kanak memggunakan 3 jari( ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
2. Aktiviti meramas(squeezing) -ramas dan uli playdoh, ramas pasir, ramas perca kain, ramas mainan picit(squeeze toys)
3. Aktiviti meronyok(scrunching) – pelbagai jenis kertas( not newspaper please)
4. Aktiviti mengoyak – beri kanak-kanak jaluran kertas(paper stripes) selebar 2cm. Galakkan mereka mengoyak kertas tadi menjadi cebisan kecil.
Pastikan kanak-kanak melakukan semua aktiviti di bawah pengawasan orang dewasa ya.
Apa yang best aktiviti-aktiviti di atas bukan saja merangsang kemahiran jari jemari kanak-kanak tetapi juga koordinasi mata dan tangan mereka . This skill is every important in reading and writing.
Selamat mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *