Ya kita hidup dalam dunia digital la ni. Hari berganti bulan, bulan berganti tahun, jari asyik duk main swipe dengan tap keyboard aje. Tulisan pun dah semakin buruk.

Anak-anak kita pun macam kita jugak. Lagi hebat swiping dan tapping. Dalam stroller lagi dah mula!
Kalau kita antara ibu bapa yang bagi anak busy dengan tab dan iPad, saya nak cadang kita ubah. Bagi mereka magna doodle. Boleh pegang macam iPad jugak. Ada saiz kecik tapi budak-budak suka yang besar. Puas menconteng. Dan boleh juga digunapakai dalam stroller 🙂
Atau bagi pensel warna dan krayon untuk mereka bebas melukis dan menulis.

Menulis dengan tangan membantu pembelajaran, mempertingkatkan memori dan menjana idea-idea.
Kajian di University Indiana mendapati melalui MRI, terdapat lebih aktiviti(neural activity) dalam otak kanak-kanak yang menulis perkataan ‘spaceship’ dengan tangan berbanding dengan kanak-kanak yang menaip perkataan tersebut.
Kajian lain pula menyatakan kanak-kanak dapat mengingat apa yang dipelajari dengan lebih baik sekiranya mereka menulis/mencatat apa yang dipelajari. Handwriting is a useful cognitive exercise.
Cadangan 1: Untuk kanak-kanak yang baru belajar membaca, pastikan mereka menulis:
– huruf dengan betul setiap kali mereka mempelajari bunyi-simbol baru.
– sukukata dan perkataan apabila mereka diajar konsep gabung bunyi untuk membaca.
Cadangan 2: Untuk kanak-kanak mengingat fakta.
– catat nota(dengan tangan ye) secara kreatif. Sebagai contoh buat mind mapping.
Menulis juga mempertingkatkan kebolehan mengingat kembali fakta(recall facts) 
Menurut Professor Berninger daripada University of Washington, pergerakan jari ketika menulis merangsang bahagian-bahagian dalam otak yang berkaitan dengan memikir, bahasa dan memori sementara(working memory) – sistem pengurusan dan penyimpanan sementara fakta.
Yang bestnye menulis membantu orang super dewasa, seperti saya, keep my brain sharp.
So let’s get down to writing every body!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *