🔸Betulkah kanak-kanak tadika Finland main sahaja dan tetiba pandai membaca?
Menurut Programme For International Assessment (PISA) untuk literasi, matematik and sains, pendidikan Finland adalah no.1 di dunia.
Orang Finnish ‘the world best readers’.
🔹Sebab kanak-kanak Finnish No. 1 readers
1. Polisi kerajaan yang mengutamakan pendidikan rakyat yang sama rata. Free education for all.
2. Masyarakat Finnish menyokong literasi.
3. Bahasa Finnish sangat mudah ( Bahasa Melayu lagi mudah tau!)
4. Latar belakang keluarga yang celik literasi.
5. Guru-guru prasekolah dan sekolah rendah ( comprehensive school ) yang berkelayakan (tinggi).
6. Kurikulum prasekolah yang memberi fokus kepada awal literasi – kesedaran fonemik, vokabulari, pelbagai genre bacaan.
ULASAN RINGKAS:
1. Polisi kerajaan yang mengutamakan pendidikan rakyat
– pendidikan percuma untuk rakyat daripada taska ke universiti / kolej.
– Tiada ‘gifted-programmes’.
– all kids get the best education!
– ibu-ibu menerima elaun jika mereka berhenti kerja kerana mahu mendidik anak-anak.
2. Masyarakat Finnish menyokong literasi.
– mentingkan perpustakaan.
– MEDIA menyokong pendidikan ( tiada program realiti muzik berlambak-lambak?)
– Program tv asing mempunyai sarikata bahasa Finnish.
– Ini menggalak kanak-kanak Finnish membaca bermula di rumah.
( Tambahan pula membaca menjadi senang kerana bahasa Finnish sangat mudah dan sudah ada sokongan daripada ibu bapa mereka yang mengamalkan budaya celik literasi )
3. Bahasa Finnish sangat mudah:
– Anak2 pra sekolah mempelajari membaca Bahasa finnish yang MUDAH ( berbanding dengan bahasa Inggeris ). Bahasa Finnish ini jugalah bahasa komunikasi di hampir kesemua rumah di Finland. Mereka juga menggunakan bahasa yang sama untuk mempelajari subjek-subjek lain di sekolah.
– Setiap perkataan bahasa Finnish dibaca sebagaimana dieja. Dengan mempelajari bunyi setiap huruf abjad Finnish, anda dapat membaca hampir kesemua perkataan Finnish.
Terdapat 21 huruf abjad Finnish. Bilangan huruf abjad Finnish sedikit.
– Di dalam bahasa Finnish, satu bunyi diwakili oleh satu simbol. Sistem abjad Finnish sangat mudah berbanding dengan bahasa Inggeris.
– Guru-guru prasekolah mempunyai ijazah.
– Guru-guru prasekolah menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ) untuk mengajar awal literasi.
( ho ho ho 👍🏻👍🏻👍🏻 )
– Di atas sebab-sebab di atas, 50% daripada kanak-kanak prasekolah berjaya menguasai kemahiran membaca di akhir tahun persekolahan mereka; seolah-olah mereka pandai membaca dengan sendiri tanpa diajar.
4. Latar belakang keluarga Finnish yang celik literasi.
– Kedua ibu bapa berpendidikan tinggi dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.
– Kebanyakan keluarga mementing budaya membaca – membacakan buku, bercerita, bernyanyi, bermain dengan mainan huruf / abjad, berbual pelbagai hal, berbual mengenai apa yang dibaca, menulis huruf dan perkataan , membaca kuat papan tanda dan label.
– Keluarga Finnish melengkapi rumah mereka dengan pelbagai sumber pembelajaran. Setiap rumah juga ada bilik bacaan khas.
http://www.eli-net.eu/fileadmin/ELINET/Redaktion/user_upload/Childrenadolescents_Long_Finland_final.pdf
5. Guru-guru prasekolah dan sekolah rendah ( comprehensive school ) yang berkelayakan (tinggi), yang berilmu, yang dedikasi dan yang dihormati segenap lapisan masyarakat. Tambahan pula para guru diberi kebebasan untuk menyempurnakan tugas moral mereka membentuk masyarakat yang bertanggung jawab melalui institusi pendidikan. Sekali gus profesion perguruan dipandang esteem & setaraf dengan profesion kedoktoran, kejuteraan & kehakiman.
6. Kurikulum Day Care Centres yang berorientasikan PLAY 0 – 5 tahun.
– keseluruhan aspek perkembangan kanak-kanak dipupuk melalui kurikulum berorientasikan play.
– Menjelang umur 6 tahun ( prasekolah ), kanak-kanak Finnish mempunyai kemahiran kendiri , kestabilan emosi, kemahiran kognitif, kemahiran sosial, kemahiran bahasa dan kemahiran fizikal yang mantap.
Pendidikan awal yang menyeluruh membantu kanak-kanak Finnish mempelajari awal literasi dengan mudah pada umur 6 tahan di tahap prasekolah.
KESIMPULAN SAYA Sebenarnya TIDAK BENAR kanak-kanak di Finland TETIBA pandai membaca.
Mereka sebenarnya diajar membaca secara langsung dan tidak langsung.
Membaca adalah kemahiran yang kompleks. Menurut kajian neuroscience in language, langkah mengajar membaca ( reading intructions ) mestilah eksplisit dan sistematik yang mengajar hubung kait di antara fonem-grafem (bunyi-huruf); bukan hafalan suku kata ( rimes ) maupun perkataan (whole word).
#betulkahkanak2Finlandtetibapandaimembaca
Rujukan utama:
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Education_in_Finland
http://www.ifla.org/files/assets/school-libraries-resource-centers/conferences/2012/finnish-pisa-results-2012.pdf
http://stuff4educators.com/index.php?p=1_77_Finland-World-s-Best-Readers
http://www.jstor.org/stable/41482121?seq=1#page_scan_tab_contents
http://www.readingrockets.org/blogs/shanahan-literacy/response-joyful-illiterate-kindergartners-finland
https://fissteps.files.wordpress.com/2013/11/english-language-curriculum-fista.pdf
http://saifulislam.com/2015/08/pendidikan-di-finland-mengenali-realiti-menjauhi-misteri-bersama-prof-fred-dervin/