Tulisan BURUK.
Tulisan COMOT.
MALAS menulis.
Siapakah mereka ini?
Kebanyakan tulisan kanak-kanak kidal comot dan tidak cantik. Kenapa tulisan mereka comot dan buruk? Kerana mereka tidak mendapat bantuan dan bimbingan pada peringkat awal penulisan. Banyak juga di antara mereka yang menulis dengan postur badan yang buruk. Dengan itu mereka akan cepat penat apabila menulis.
Menurut pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak, kanak-kanak akan menunjukkan tangan dominan mereka, kanan atau kiri, di antara umur 5 hingga 6 tahun.
Oleh itu guru-guru prasekolah harus peka mengenai hal ini dan membantu mereka yang cenderung kidal dalam melakukan aktiviti psikomotor halus  terutama dalam aktiviti awal tulisan dan penulisan.
TIPS MEMBANTU MEREKA YANG KIDAL MENULIS:
1. Alat penulisan yang sesuai.
Pastikan badan pensel yang digunakan tidak licin dan mata pensel tidak terlalu lembut. Pensel yang badannya licin berkilat adalah tidak sesuai untuk digunakan oleh mereka yang kidal. 
Pensel berbentuk segitiga dapat membantu mereka menulis dengan lebih baik. 
Mereka yang kidal juga boleh menggunakan ‘pencil grips’. Cubalah beberapa jenis pensel dan pilihlah yang paling sesuai untuk mereka.

2. Pegangan pensel.
Latih mereka memegang pensel dengan pegangan tripod, 2 – 2.5sm daripada mata pensel. Ini akan membantu mereka untuk melihat apa yang mereka sedang menulis.
Gambar daripada iched.org

3. Postur badan.
Pastikan ketinggian meja ( aras pusat ) dan kerusi sesuai.
Badan tegak, siku diletakkan di atas meja dengan selesa dan kedua belah kaki tetap ( fix ) di atas lantai.
4. Kedudukan kertas.
Letakkan kertas ke kiri kepada bahagian garis tengah badan ( body mid line ). Kemudian condongkan kertas 45 darjah ke kanan.
Gambar daripada handedness.org
5. Tandakan tempat permulaan penulisan.
Banyak juga kanak-kanak kidal yang menulis dari kanan ke kiri. Untuk mengelakkan kesilapan ini, tandakan titik permulaan penulisan di atas kertas dengan jelas. Tandakan dengan melukis bintang, titik atau apa sahaja yang sesuai.
6. Cara Menulis Huruf ( letter formation ).
Pastikan ibu bapa dan guru tahu cara menulis setiap huruf yang betul untuk membantu anak kidal menulis. 
Di sini saya kongsi letter formation for lefties daripada abcteach.com

7. Posisi tangan ketika menulis.
Pastikan tangan lurus di bawah garis tulis dan tidak dibengkokkan seperti cangkuk ( hooked hand position ).
Pastikan mereka dapat melihat apa yang sedang ditulis.

Semoga tips di atas dapat membantu anak-anak yang kidal.

Similar Posts

4 Comments

  1. anak saya juga kidal..skrg dah masuk darjah satu..masa tadika umur 5 tahun dia langsung x mau menulis..puas d ajar..bln 7 baru dia dah mahu n start menulis..pada mulanya saya mmg sukar tuk mengajar dia menulis smpi saya pun pula jd keliru..so i just give him time…kesukaran baru yg saya hadapi skrg nak ajar khalish menulis jawi..bila di ajak dia x mahu n menangis..naik geram pulak…stelah d pujuk n beri sokongan baru dia nak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *