Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 hingga 3 Bulan
1. Usap, Peluk & Cium Bayi
Saya banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkan horman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.
Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelin pada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendrait dihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.
Menurut Tony Buzan, enulis buku ‘Brain Child’ , kasih sayang adalah ‘makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.