Aktiviti menulis bukanlah mudah untuk kanak-kanak.
Lakukan SENAMAN untuk kanak-kanak mudah menulis:
1. Senaman kuat kan tulang belakang.
2. Senaman kuatkan otot bahu.
3. Senaman kuatkan lengan, tangan dan pergelangan tangan.
4. Senaman kuatkan jari-jemari.
5. Aktiviti koordinasi mata-tangan.
Memanjat, menggayut, menghayun akan menguatkan tukang belakang dan membina otot bahagian atas badan, yang amat penting apabila menulis.
Memulas, memusing, menggayut dan menghayun juga membina otot bahu, siku, pergelangan tangan dan jari yang kuat dan fleksibel.
Aktiviti menolak, menarik objek dan mengangkat badan sendiri pula akan memberi kanak-kanak kefahaman mengenai berat dan tekanan.
Di antara aktiviti yang dicadangkan ialah bermain di ‘monkey bar’, berjalan seperti ketam dan kereta sorong.
Aktiviti manipulatif juga penting utk kanak-kanak 2-3 tahun sebelum mereka dibimbing memegang pensel dengan ‘tripod hold’.
– main doh; uli, picit, ramas, golek, gentel
-menguntai manik
– mengoyak kertas
– merenyok cebisan kertas
– main dengan pengepit baju ( clothes pegs)
Aktiviti-aktiviti ini menguatkan otot tangan dan jari-jemari untuk memudahkan kanak-kanak memegang pensel nanti.
Bimbing anak untuk melakukan senaman di atas secara konsisten.