Definisi EJAAN menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
1. Ejaan ialah kaedah atau cara menulis PERKATAAN DENGAN HURUF. 
2. Mengeja ialah perbuatan MEMBUNYIKAN ( menulis ) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. 

2 CARA UNTUK MENGEJA
1. Secara LISAN – menyebut huruf di dalam perkataan secara berturut-turut.

2. Dengan MENULIS – menulis huruf-huruf di dalam perkataan dengan betul. 

CARA MENGEJA, samada secara lisan atau tulisan, bergantung kepada Kaedah Membaca yang digunakan. 

Kaedah Mengeja / Abjad
1. Cara mengeja lisan
a. Murid menyebut nama huruf berturut-turut membentuk perkataan. 
Sebagai contoh,
B (bi), a (ei), j (jei), u (yu), baju

b. Murid menyebut nama huruf mengikut suku kata 
(membatang), menyebut suku kata, kemudian menyebut perkataan. 
Sebagai contoh,
B (bi), a (ei), ba
j (jei), u (yu), ju
baju

2. Dengan cara menulis:
Murid menulis simbol-simbol huruf untuk perkataan yang disebut guru. 
Sebagai contoh guru menyebut ” Tulis baju.”
Murid Kaedah Mengeja akan menulis ‘baju’. 

KAEDAH FONIK
1. Cara mengeja lisan
a. Murid menyebut bunyi  huruf berturut-turut membentuk perkataan (tahap mahir).
Sebagai contoh,
B (beh), a (aa), j (jeh), u (uu), baju ATAU

b. Murid menyebut bunyi huruf mengikut suku kata 
(membatang), menyebut suku kata, kemudian menyebut perkataan ( tahap awal).
Sebagai contoh,
B (beh), a (aa), ba
j (jeh), u (uu), ju
baju

2. Dengan cara menulis:
Murid menulis simbol-simbol huruf untuk perkataan yang disebut guru. 
Sebagai contoh guru menyebut ” Tulis baju.”
Murid Kaedah Fonik akan menulis ‘baju’. 

KESIMPULAN: PERKARA yang membezakan murid Kaedah Mengeja dengan murid Kaedah Fonik HANYALAH dalam aspek MENGEJA LISAN
– murid Kaedah Mengeja menyebut NAMA HURUF apabila mengeja perkataan / suku kata. 
– murid Kaedah Fonik pula menyebut BUNYI. 

Apabila mereka disuruh menulis perkataan, kedua mereka menulis PERKATAAN YANG SAMA. 

Saya berpendapat SEMUA guru literasi WAJIB memahami aspek MENGEJA dalam pengajaran bahasa untuk mengelakkan tragedi saringan LINUS. 

Saya berpendapat, adalah satu KESILAPAN BESAR, sekiranya guru MEWAJIBKAN mengeja dengan hanya membatang dan menyebut NAMA-NAMA HURUF. 

Guru Literasi WAJIB memberi ruang kepada murid fonik yang jauh lebih hebat mengeja dengan TEPAT samada secara lisan maupun dengan menulis.

Kalau murid fonik yang sudah bagus membaca dan menulis DIPAKSA guru membatang dan mengeja perkataan, saya ibaratkan seperti memaksa murid yang sudah pantas berlari untuk merangkak di dalam lumpur!!! 

Guru sepatutnya berkata, “Bagus, lari terus ke garisan penamat. Kamu HEBAT!”

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *