Hari ni seronok sangat kembali ke UIA di atas jemputan sebagai salah seorang panel alumni Kulliyyah Of Education ( KOED ) IIUM. I did my Diploma in Education in UIA, 1989-90. Suka hati dapat kembali setelah 25 tahun meninngalkan UIA. Paling best dapat bertemu, dan makan bihun,  dengan bekas pensyarah semasa buat Dip. Ed., Prof Dr Rosnani Hashim. Too bad didn’t meet Prof Dr Ratnawati, my ex- lecturer too. 

Saya ditemani Pn Farah Waheeda, Konsultan Readnetwork, Pengusaha Pusat Jagaan Didik Literasi dan Lisensi Program Kelas Membaca PhonicSmart.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran dan ucapan aluan oleh Yg Bhg Prof Dr Rosnani Hashim, Dekan KOED. Seterusnya  semua pensyarah KOED menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.
Mereka juga mempersembahkan Choral Speaking. Cool sangat persembahan. Beberapa orang pensyarah bercakap tamil, Thai, Arab dan juga bahasa yang saya tak familiar… Bahasa Korea kut. 
3 pensyarah foreigner paling kanan pula bercakap bahasa Melayu! Super cool!

Seterusnya ucapan daripada Deputy Rector of Student Affairs, Hon. Prof. Datuk Dr Mizan Hitam.

Di antara VVIP yang hadir Yg Bhg Prof Datuk Dr Sidek Baba, yang menerima Anugerah The Most Distinguished Teacher. Awesome! Ternganga mulut saya melihat kejayaan beliau! 
Then it was my turn. I shared the stage with Super Pengetua Tn Hj Abdullah Jusoh ( pssst orang Kelantan juga…)
Tn Hj Abdullah duduk di tengah dan di sebelah kiri beliau, Yg. Bhg Assoc. Prof. Dr Arifin Mamat
 ( rupanya ore kelate jugok! Apakah?)
 

Tn Hj Abdullah menceritakan kisahnya daripada GURU BIASA kepada GURU SUPER kepada Nazir Sekolah ( saya rasa SUPER juga ) dan akhirnya bersara sebagai SUPER PENGETUA di KISAS ( Kolej Islam Sultan Alam Shah ). Wow memang terasa tempias  SUPER beliau.

Beliau juga berkongsi 9 ciri guru yang super.
Saya tak berpeluang ambil nota. Memory capacity saya tak berapa hebat sekarang. So di sini link yang Tn. Hj Abdullah ceritakan  http://www.facultyfocus.com/articles/philosophy-of-teaching/nine-characteristics-of-a-great-teacher/
Now it’s really my turn. Saya diminta bercerita pengalaman kejayaan sebagai penulis Bacalah Anakku. This is my story mory. Hope it’s SUPER DUPER!!!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *