Kaedah Fonik Gabung Bunyi ( synthetic phonics ) adalah cara yang paling FITRAH (natural) untuk mengajar membaca – samada untuk kanak-kanak mau pun orang dewasa.

KENAPA?
Kerana Kaedah Fonik Gabung Bunyi mengajar hubungi kait di antara bunyi dan simbol.
    Pelajar diajar bunyi paling kecil di dalam bahasa pertuturan (fonem) boleh diwakili oleh huruf atau huruf-huruf (simbol).

Jom kita lihat perkembangan bahasa bayi.
Umur:
1 bulan – WAA nangis! Nangis lapar, nangis ngantuk, nangis tak selesa.
           

    Baby tengah buat work out peti suara. Nanti macam-macam bunyi lagi akan keluar.


2 hingga 5 bulan uuu, aaa, iiii bunyi-bunyi awal yang paling mudah dikeluarkan oleh baby ( bunyi vokal ).
Sebab itulah dalam Bacalah Anakku, kanak-kanak diajar membaca perkataan yang ada bunyi /a/, /i/, /u/ dahulu. Ini yang dikatakan FITRAH.


Bayi berumur 2 himgga 3 bulan juga mengeluarkan bunyi k, g, l, h ( bunyi konsonan ) seperti bunyi bbb, ddd, ppp dan mmm.  Inilah peringkat ‘cooing’, ‘babbling’ dan ‘gurgling’.

6 hingga 12 bulan – baby mula meluahkan bunyi suku kata, mamama, papapa, dadada, gugu, gaga.

Sebab itulah di dalam Bacalah Anakku, bunyi-bunyi  /n, b, m, k / adalah di antara bunyi awal yang diperkenalkan. Seterusnya kanak-kanak dilatih menggabung bunyi suku kata terbuka dahulu.
Ini yang dikatakan FITRAH.

Menjangkau umur 12 bulan, bayi mula menyebut perkataan mudah seperti mama, papa dan baba. 
Di akhir 18 bulan, mereka boleh menyebut lebih kurang10 perkataan dan mereka memahami  perkataan tersebut.

Di akhir 24 bulan, mereka boleh menyebut frasa seperti ‘nak bola’.
Sebab itulah anak seawal 3 tahun mampu diajar membaca menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi BACALAH ANAKKU.

Buatlah pilihan yang BIJAK.
Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku boleh dibeli di www.readnetwork.sto.my 


                   

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *